Tiba di Mahkamah Tinggi Shariah Shah Alam pada pagi tadi sebagai wakil kepada isterinya, Mizz Nina, Essam Mohammad tampil menafikan nama sebenar anak angkatnya yang pernah didedahkan sebelum ini di media sosial.
Bukan nama sebenar
Menurut Essam ketika dirinya memberi kenyataan, nama sebenar Musa bukanlah Musa Mohammad Noh Bin Abdullah seperti yang dihebohkan di media sosial. Namun, dirinya enggan mendedahkan nama anak angkatnya itu kepada media.
Itu bukan nama sebenar Musa. Saya di sini ingin menegaskan bahawa nama penuh Musa yang kononnya disebut di internet tempoh hari adalah tidak benar.
Dia (Noh Salleh) telah memberikan informasi yang salah di internet.
Saya tak akan mendedahkan nama penuh sebenar Musa kerana ingin melindungi identiti dan maklumat peribadinya kepada umum.
@ohbulanofficial #mizznina #ohbulan #fyp #nohsalleh #essammuhammad ♬ original sound – OHBULAN!
Ada dokumen sah
Bukan itu sahaja, Essam juga memberitahu bahawa dirinya dan Mizz Nina ada dokumen-dokumen sah berkaitan hak penjagaan Musa.
Menurutnya lagi, dia meminta agar Noh berhubung dengannya sekiranya mahu berbincang berkenaan isu penjagaan Musa dan bukan melalui Nina.
Isteri saya mempunyai dokumen yang sah untuk menjaga Musa. Saya di sini mewakili isteri saya iaitu Mizz Nina ingin berkata bahawa tiada seorang anak pun yang patut diambil daripada penjaga tanpa keizinan daripada ibu bapanya.
Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau dia mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saya masih publik.
View this post on Instagram
Sekadar info, Noh dan Nina telah sah bergelar suami isteri pada Julai 2011 namun bercerai pada Ogos 2022. Kini, Noh dan Nina masing-masing telah berumah tangga buat kali kedua dengan pasangan tersendiri.