“Itu Bukan Marketing” – Bella Astillah Beri ‘Hint’, Mengaku Ada Hubungan Istimewa Dengan Syed Saddiq

Hiburan

“Itu Bukan Marketing” – Bella Astillah Beri ‘Hint’, Mengaku Ada Hubungan Istimewa Dengan Syed Saddiq

Sejak kebelakangan ini, pelakon Bella Astillah dan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sering dilihat bersama-sama dan mesra di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Terbaru, pelakon dan penyanyi Bella, tampil membuat kenyataan mengenai hubungan sebenar di antara dia dan Syed Saddiq bukanlah sekadar ‘marketing’ semata-mata.

Advertisement

Bella dalam satu hantaran TikTok berkata, dia tidak menyukai sebarang gimik murahan.

Saya tak suka gimik, semua yang korang nampak itu bukan marketing.

Dia juga sempat memuji Syed Saddiq yang dianggap seorang yang sangat baik dan disenangi ramai.

Jujur ikhlas dia sangat baik. Saya setuju sebab itulah dia, tiada suruhan. Walaupun off camera, dia tetap baik.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mendoakan agara kedua-dua figura ini berjodohan dan bersama hingga ke jinjang pelamin.

Netizen terutama peminat Bella juga berharap agar penyanyi itu dapat berjumpa dengan kebahagiannya semula suatu hari nanti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

karl shafek puji sissy iman dan naz
4 hours ago

"Dah Lama Kita Sumbat Otak Penonton Dengan Lawak Bod*h..." - Gandingan Naz Rahman Dan Sissy Iman Di AJL39 Dipuji

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...