Foto bogel Atikah Suhaime dan Idris Khan yang tersebar baru-baru ini masih lagi menjadi bualan ramai.
Idris Khan sehingga kini masih selesa untuk berdiam diri mengenai isu berkenaan, tetapi Atikah ketika di temui pihak media  pada  majlis previu Volkswagen Kuning semalam  menafikan  beliau adalah individu didalam foto bogel tersebut.
Malah, Atikah langsung tidak melihat foto-foto yang dikaitkan dengan dirinya itu.
Itu bukan saya, saya langsung tidak lihat gambar tersebut. Hanya ibu saya sahaja yang lihat. Ibu menasihatkan saya agar bersabar sahaja.
Berkenaan tindakan beliau yang ingin membuat laporan polis terhadap penyebaran foto-foto tidak senonoh itu, Atikah mengatakan beliau menyerahkan segalanya kepada pengurusannya MIG Talent.
Pemilik MIG, David Teo sebelum ini ada memberitahu beliau akan menyiasat perkara berkenaan dan ingin mencari dalang disebalik penyebaran foto bogel Atikah dan Idris.
Saya tidak boleh cakap banyak cakap tentang perkara ini dan akan menyerahkan kepada syarikat pengurus untuk menyiasatnya.
Tidak mengapa, kita serahkan sahaja segala siasatan kepada pihak polis. Fikir positif, mungkin itu gambar yang di edit untuk menjatuhkan imej Atikah. Hmmph..