April 4th, 2017

Beberapa bulan lepas, netizen agak kecoh dan memberikan komen negatif terhadap kulit album tiga mata bagi albul terbaharu penyanyi rap, Malique berjudul Malique TKO: Pejamkan Mata. Ada yang menganggap ia melambangkan  makhluk Dajjal dan ia seakan terlalu mengagungkan Illuminati.

Mungkin sudah bosan dengan persepsi negatif yang diterima, Malique menjelaskan maksud foto mata ketiga itu ialah seseorang itu tidak harus menilai sesuatu perkara hanya menerusi mata luaran tetapi sebaliknya menggunakan mata hati.

Kulit album yang mempunyai mata tiga ini mempunyai tafsiran berbeza, sebenarnya mata ketiga itu adalah mata hati.

Mungkin ramai tidak tahu mesej cuba disampaikan iaitu jangan menghukum sesuatu hanya pada luaran dan permukaan. Sebaliknya pandang dengan mata ketiga iaitu mata hati untuk menyelami dasarnya dan memahami isinya.

Untuk pengetahuan anda, karya Malique ini yang dijuak secara atas talian sejak bulan Disember tahun lalu laris terjual dalam hanya beberapa minggu sahaja.

Malique antara komposer yang mempunyai auranya tersendiri dan sering menyampaikan maksud tersirat ataupun mesej didalam karyanya. Harapnya dengan penjelasan Malique, tiada lagi yang mengkritik dan menimbulkan isu mengenai Dajjal dan lain-lain.


Comments are closed.

Loading...