Perancangan awal untuk menyambut hari lahir bertukar menjadi mimpi ngeri buat gadis ini. Siapa sangka dalam nak berseronok tu lain pula jadinya. Semuanya kerana salah faham yang berlaku yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan satu soalan sahaja.
Sambutan hari jadi
Stanley Paruntu dan rakan-rakannya bercadang untuk menginap di sebuah hotel di Singapura sempena sambutan hari lahirnya. Tapi kesudahannya mereka ditahan selama 14 jam oleh pihak polis!
“Dadah yang didakwa itu sebenarnya hanyalah serbuk putih iaitu serbuk deodorant”
Hanya kerana salah faham yang berlaku, mereka digari dan dibawa ke lokap untuk disoal siasat. Masalahnya mereka ditahan tanpa usul periksa dan semuanya kerana salah sangka dari staff hotel sendiri.
Aduan pintu pecah
![pintu kaca](https://i.postimg.cc/HkFDJkY8/photo0jpg-768x1365.jpg)
Kredit: Facebook
Selepas dalam 30 minit, pintu kaca tersebut retak dan mereka membuat keputusan untuk memanggil staff hotel. Di sini lah semuanya bermula, apabila staff hotel tiba di bilik mereka.
“Staff hotel itu ternampak serbuk putih yang dibawa dan terus menyangka ianya dadah dan menghubungi polis.”
![serbuk putih](https://i.postimg.cc/rp5bKGZ7/73390677-10219092518571507-6050311290184794112-o.jpg)
Kredit: Facebook
Dilayan seperti penjenayah
Mereka kemudian dibawa keluar dari hotel oleh pihak polis sambil digari seperti penjenayah. Dikurung di lokap selama 14 jam dan hanya diberikan makanan hanya sekali sahaja. Memang layanan betul-betul seperti penjenayah.
![hotel](https://i.postimg.cc/J0NSvNZb/74310978-10219092518451504-5811631904482394112-o.jpg)
Kredit: Facebook
Sebelum ini, sebuah hotel di Jepun mengenakan harga RM5 sahaja untuk semalam kepada pengunjung mereka. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Hotel Di Jepun Tawarkan Harga RM5 Semalam, Jika Anda Mampu Ikuti Syarat Aneh Ini