“Itu Bukan Anak Saya..” – Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Hiburan

“Itu Bukan Anak Saya..” – Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Pelakon, Eira Syazira tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan anaknya, Amarra Sofea Rose, dengan kes buli yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Eira, dia tidak terkesan dengan gosip tersebut dan memilih untuk tidak melayan komen negatif netizen.

Advertisement

Saya dan suami abaikan sahaja kerana tahu itu bukan anak kami, saya baca komen-komen tapi nak buat macam mana. Saya hanya tersenyum kerana tak boleh berbuat apa-apa.

Sebenarnya saya okay sahaja bila dikaitkan dengan perkara itu, saya tak baca dan balas komen netizen di media sosial sebab itu bukan Amarra.

Dalam masa sama, Eira memaklumkan dia turut bertanya sendiri kepada anaknya mengenai dakwaan tersebut. Namun jelasnya, tuduhan itu tidak masuk akal.

Dalam gosip tersebut mengatakan pembuli mengejek warna kulit mangsa sedangkan anak saya kata warna kulit dia pun gelap. Anak kata kenapa dia nak ejek orang itu.

Saya ada tanya kepada anak saya, sama ada dia tahu orang bercakap mengenainya. Dakwaan tersebut anaknya sampai mahu mengasari mangsa.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Siti meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui anak perempuannya menjadi mangsa buli di sekolah yang didakwa dilakukan oleh anak kepada seorang penyampai radio terkenal.

Menurut Siti, kejadian itu dipercayai bermula sejak Julai tahun lalu dan semakin serius hingga menjejaskan kesihatan mental serta emosi anaknya.

Beliau turut mendakwa ibu kepada pelakon yang juga isteri penyampai radio berkenaan akhirnya tampil memohon maaf, namun bukan secara bersemuka, sebaliknya hanya melalui pihak sekolah selepas bukti kejadian dikemukakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti saerah amad
2025-09-22 13:50:26

Didakwa 'Kerah' Umai Dan Amad Masuk Dalam Industri, Siti Saerah Dedah Konflik Dengan Bekas Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...