“Itu Adat Berumah Tangga, Kami Baru Setahun Kahwin..” – Zulin Aziz Akui Hubungan Dengan Suami Makin Rapat

Hiburan

“Itu Adat Berumah Tangga, Kami Baru Setahun Kahwin..” – Zulin Aziz Akui Hubungan Dengan Suami Makin Rapat

Terdahulu, pelakon, Zulin Aziz mengejutkan orang ramai selepas memberi bayangan bahawa dia dan suaminya, Farhan Norzaini sudah tidak bersama lagi.

Namun baru-baru ini, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz memaklumkan hubungan mereka kembali pulih selain turut berkongsi momen raya bersama.

Advertisement

Menurut pelakon berusia 33 tahun itu, dia enggan memanjangkan isu ini lagi memandangkan hubungannya dengan suami semakin rapat selepas apa yang terjadi sebelum ini.

Orang boleh buat spekulasi tentang apa yang berlaku, tapi hanya kami berdua saja tahu puncanya. Lagi kita bercakap, lagi banyak perkara tak baik keluar dari mulut orang.

Bukan itu sahaja, Zulin turut memilih untuk mengunci mulut dan enggan mendedahkan punca pergaduhan mereka demi menghormati keluarga kedua belah pihak.

Itu adat dalam rumah tangga, apatah lagi kami baru setahun kahwin. Kadang-kadang benda kecil pun boleh jadi punca.

Dalam pada itu, pelakon filem Rembat itu memaklumkan insiden tersebut sedikit sebanyak menjadikan dia dan suami lebih matang dalam menguruskan rumah tangga mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Kongsi Gambar Raya Bersama Suami, Netizen Nasihatkan Zulin Aziz - "Lain Kali Gaduh Senyap-Senyap.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...