Ramai peminat Izara Aishah yang melahirkan rasa kekecewaan mereka melihat sisi seksi dirinya di dalam video Cell Tango Girls. Ada yang terkejut dan tidak menyangka Izara berani beraksi seghairah itu.
Menerusi kenyatannya kepada Media Hiburan, Izara menerangkan yang video itu adalah video lama dan memohon maaf kepada peminat yang tersinggung. Kata Izara:-
Apa yang Izara boleh cakap, ia adalah video lama. Ketika itu Izara belum lagi menyertai Dewi Remaja. Izara dan teman sekolej melakukan projek khas untuk semester akhir pengajian. Tak sangka pula video tersebut dimuatnaik di laman Youtube selepas dikongsi oleh seorang rakan di Facebook. Izara minta maaf kepada peminat yang tersinggung dengan kostum seksi yang Izara gayakan. Percayalah Izara sudahpun berubah dan tidak akan pakai lagi pakaian sedemikian. Ya, dulu Izara memang seksi tetapi seiring dengan kematangan usia, Izara sudah boleh membezakan mana yang baik dan yang buruk.
Untuk makluman, ketika video itu dirakamkan, umur Izara ialah 18 tahun. Masih muda remaja dan tidak tahu apa-apa lagi. Abang Nara respek Izara kerana mengakui kekhilafan dirinya dan sekaligus memohon maaf kepada para peminatnya. Semoga selepas ini Izara lebih berhati-hati. Mungkin ada musuh dalam selimut yang mencemburui kepopularitan Izara. Siapa tahu kan?
P.S: Jangan lupa LIKE Facebook BeautifulNara untuk borak-borak yang lebih santai di sana.