Abang Nara sebenarnya tidak mahu bercerita lagi tentang Zarina Anjoulie Lavocah ini namun rasanya semua orang perlu tahu kebenaran tentang gambar bercium milik Zarina yang tersebar baru-baru ini. Kesian pulak Abang Nara tengok Zarina sering dihimpit kontroversi. Untuk makluman, gambar di bawah yang tersebar adalah gambar Zarina dan abang tirinya. Mereka berdua berlainan ibu tetapi mempunyai ayah yang sama.
Menurut Zarina, hubungannya dan abang tiri sememangnya rapat sehingga sering bercium dan berpelukan jika berjumpa. Namun kemesraan mereka tidak lebih daripada adik beradik:-
elaki dalam foto itu bukanlah orang asing atau kekasih saya. Dia adalah abang tiri saya yang hanya berbeza ibu tetapi berkongsi ayah yang sama. Sebab itulah, orang melihat wajah dia tidak banyak persamaan dengan saya. Ini juga telah menyebabkan ramai yang membuat spekulasi bahawa dia kekasih saya. Jika benar dia kekasih saya, saya tidak akan bersikap bodoh untuk memuat naik gambar ini ke dalam Twitter. Begitu juga dengan menjadikanya sebagai gambar profil untuk BlackBerry Messenger (BBM). Saya dan abang tiri saya memang rapat. Kami memang selalu bercium dan berpelukan sayang seperti adik beradik lain. Bagi saya tidak salah jika bermesra dengan adik beradik sendiri
Gambar yang diambil tahun lepas itu ternyata mencetuskan kontroversi kerana ramai yang tersalah anggap lelaki di dalam gambar tersebut adalah kekasihnya. Menurut Zarina, ini bukanlah kali pertama salah anggapan seperti ini terjadi.
Bila saya keluar dengan abang tiri, mesti orang cakap kami ini pasangan kekasih. Tetapi orang tak tahu, kami bermesra sama seperti adik-beradik yang lain.Apapun, saya tidak tertekan dengan gosip ini kerana bagi saya orang yang suka memperbesarkan perkara ini adalah orang yang tidak tahu kebenaran.
Semoga dengan penjelasan ini semua pihak akan berpuas hati dan tidak lagi memandang serong kepada Zarina. Kepada Zarina, Abang Nara nasihatkan tak payahlah upload gambar-gambar yang boleh menimbulkan kontroversi. Kan dah penat nak menjawab apabila gambar sebegini tersebar. Semoga lebih berhati-hati di masa hadapan. Info kredit portal Murai.