Terbaharu, selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal dengan memuat naik hantaran foto dan video di laman media sosial Instagram dan TikTok miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu telah berkongsi detik dari awal kelahiran Bilal sehingga wajahnya yang terkini.
Menjengah di ruangan kapsyen, Neelofa turut meluahkan rasa bersyukur atas kelahiran Bilal yang menjadi anugerah Allah paling berharga buat dia dan suami.
Antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini…
@neelofa
Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami…
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah berjaya meraih 669K tanda suka dan 26.7K komen di laman Instagram, manakala di laman TikTok telah meraih 2.1M tontonan, 395.4K tanda suka dan 12.2K komen.
Meninjau di ruangan komen, video berdurasi 1 minit 44 saat itu telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya memuji kecomelan yang dimiliki Bilal.
Namun, ada juga sesetengah individu yang turut berasa simpati terhadap Neelofa kerana menganggap dia sepatutnya berhak untuk melindungi imej dan identiti anaknya itu.
Sebelum ini, Neelofa meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang didakwa menyebarkan wajah Bilal di aplikasi TikTok.
Malah, bekas pengacara MeleTop itu turut menganggap tindakan individu berkenaan seakan menceroboh privasi keluarganya.
Bukan itu sahaja, perbuatan itu turut menyinggung perasaannya sebagai ibu kepada Bilal kerana sesetengah pihak tidak menghormati keputusan memperkenalkan anaknya itu pada waktu yang sesuai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.