“It’s Not A Cerdik Bro, It’s Very Stup*d” – Caprice ‘Sekolahkan’ Ammar Nazhan Di Podcast

Hiburan

“It’s Not A Cerdik Bro, It’s Very Stup*d” – Caprice ‘Sekolahkan’ Ammar Nazhan Di Podcast

Penyanyi dan pensohor media sosial, Caprice tampil menyampaikan nasihat buat Ammar Nazhan berhubung ‘content’ media sosialnya yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Difahamkan, mereka berdua duduk bersama dalam satu sesi podcast dan kelihatan penyanyi itu mempersoalkan sebab sebenar Ammar merakam kandungan palsu tersebut.

Advertisement

For you to say Arasz is cerdik untuk buat konten hilang, minta maaf bro I have to disagree that.

Sebab nak buat orang hilang will make people worry. It’s not a cerdik idea bro, it’s very stupid idea to get a talent to hilang secara umum.

Caprice juga bertanya sama ada kemunculan polis dan tentera Indonesia yang kelihatan dalam siaran langsung semasa ‘kehilangan’ Eyka itu dibayar oleh pihak produksi.

Jelas Ammar Nazhan, semasa rakaman dilakukan, kehadiran polis dan tentera Indonesia dalam siaran langsung tersebut hanyalah sebuah ‘gimik’ dan mereka tidak menerima sebarang bayaran.

Polis dan tentera itu memang sudah mengetahui mengenai rakaman tersebut dan mereka hanya berlakon. Maksudnya, mereka sudah tahu itu adalah gimik. Cuma mereka tidak dibayar atau diberikan apa-apa.

Saya tanya Arasz, bagaimana dia boleh meyakinkan polis dan tentera untuk berlakon, dan kalau nak tahu, memang banyak aktiviti paranormal lain yang sedang berlaku di sana. Jadi, polis dan tentera tersebut berada di kawasan itu untuk memantau.

Sebelum ini, tindakan Ammar mencipta kandungan palsu mengenai video yang mendakwa seorang lagi rakan mereka, Eyka hilang di kawasan hutan di Bandung, Jawa Barat mendapat kecaman hebat dari orang ramai.

Tidak hanya itu, tindakan Ammar dan rakan-rakannya turut menarik perhatian kerajaan Republik Indonesia serta mendapat liputan meluas daripada media negara tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

the 1975 good vibes festival nmf
1 hour ago

The 1975 Didapati Tak Bersalah, Penganjur GVF Diperintah Bayar Kos Guaman Berjumlah RM557K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...