“It’s Just A Title” – Gelaran Datuk Suami Kepada Intan Najuwa Palsu?

Hiburan

“It’s Just A Title” – Gelaran Datuk Suami Kepada Intan Najuwa Palsu?

Muncul spekulasi di media sosial baru-baru ini mengenai gelaran Datuk suami kepada pelakon Intan Najuwa, Ahmad Asraf Azman adalah palsu.

Intan Najuwa tampil menjawab tuduhan tersebut di mana dia tidak kisah mengenai perkara tersebut kerana gelaran Datuk berkenaan tidak memberi apa-apa padanya.

Advertisement

Saya tak pernah pertikaikan. It’s just a title. Suami pun tahu saya memang tidak kisah mengenai perkara itu. Orang nak cakap apa, cakap sahajalah, tapi kita sendiri tahu dan kita diam.

Kalau kita buat apa pun, netizen sentiasa bercakap. Saya tiada nak buktikan apa-apa, tak mahu pertikaikan apa-apa. Siapa yang tahu, tahulah. Kita letak tepilah. Ia cuma gelaran, tak membawa apa-apa pun.

Ujarnya lagi, dia menjalani kehidupan seperti orang kebanyakan dan hanya memerlukan doa yang baik-baik daripada semua.

Tambah Intan, dia enggan memperbesarkan isu tersebut kerana sudah tidak mahu melayan isu remeh temeh.

Saya sebenarnya tak mahu membalas ciapan tersebut, tak mahu keruhkan keadaan. Kalau saya balas, perkara itu akan jadi isu besar. Saya akan lebih memilih untuk berdiam, kalau benda itu betul, betul, kalau salah, salah.

Ada juga komen-komen keterlaluan, tapi saya anggap mungkin si penulis itu tengah mengalami mood yang tidak baik pada hari itu. Saya husnuzon sajalah.

Sekadar info, Intan dan Datuk Ahmad Asraf telah selamat mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu dengan mas kahwin berjumlah RM20,000 dan wang hantaran sebanyak RM222,000.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aina Abdul
1 year ago

"Duit Cukai Habis Kat Baju Kot" - Aina Abdul Dikritik Dapat Dana Buat Konsert Tapi Jual Tiket Mahal?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Forum CARI

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...