Eyra Hazali yang kini hamil tujuh bulan baru-baru ini telah mengumumkan jantina anak yang bakal dilahirkannya nanti.
Dia yang berkahwin dengan penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli berkongsi khabar gembira itu di laman instagram pada Sabtu lalu.
Dalam entri tersebut, Eyra Hazali turut menyatakan keterujaan suaminya apabila mengetahui jantina bayi tersebut adalah lelaki.
“It’s a boy! Papa paling teruja sebab ada geng, sampai baju tu custom made,”
Peminat yang mengikuti perkembangan hidup Eyra Hazali berduyun-duyun mengucapkan tahniah dan berkongsi rasa gembira mereka.
Eyra dan Haziq telah mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur. Pelakon filem M4M4 ini dijangka akan bersalin pada Ogos tahun ini.