Hong Kong? Taiwan? Mungkin sudah biasa dikunjungi. Ramai yang dah kongsi pengalaman di sana. Tapi Macao? Mungkin ada tapi jarang-jarang kita dengar kan? Ada apa yang menarik? Jom kita check this itinerary out untuk explore keindahan Macao!
Hari pertama
Macau Grand Prix Museum
Wajib kunjung untuk peminat sukan permotoran. Muzium ini menampilkan sejarah perlumbaan jalanan ikonik Macao Grand Prix, dengan koleksi kereta lumba klasik, trofi, dan kisah legenda perlumbaan.
Pengunjung boleh mencuba simulator perlumbaan interaktif, melihat patung lilin Lewis Hamilton dan pelumba-pelumba lain, serta meneroka evolusi sukan permotoran di Macao.
Open Top Bus Tour
Cara terbaik untuk melihat lebih dekat bandar Macao dan seluruh isinya. Bangunan pencakar langit dengan rekaan seni bina unik seperti Grand Lisboa, Guan Yin Statue, replika Big Ben & Menara Eiffel serta Macao Tower.
Kalau beruntung, korang juga boleh nampak mereka yang buat bungee-jumping dari sana.
Coloane Pier
Dulu, Coloane Pier ini adalah pintu masuk penting bagi pedagang dan nelayan. Terletak di kawasan yang tenang dan dikelilingi pemandangan laut yang indah, ia kini menjadi tempat santai bagi penduduk tempatan dan pelancong.
Pengunjung boleh menikmati suasana tepi laut, melihat bot nelayan tradisional, atau berjalan-jalan di sekitar Coloane Village.
Tart telur Portugis Lord Stow’s
Lord Stow’s Bakery adalah tempat wajib untuk mencuba Portuguese Egg Tart yang terkenal! Diasaskan pada tahun 1989 di Coloane, bakeri ini dikenali dengan tart telur yang mempunyai kerak pastri yang rangup dan inti kastard yang lembut serta berkrim.
6 tart dijual pada harga MOP130 atau RM36. Memang sedap sampai teringat-ingat.
Hari kedua
Taipa House
Pengunjung boleh meneroka rumah-rumah ini yang dipenuhi perabot antik, pameran seni, dan sejarah kehidupan kolonial di zaman silam.
Terletak di kawasan yang indah berhampiran Tasik Sai Van, Taipa Houses adalah lokasi sempurna untuk menikmati suasana klasik sambil bergambar di spot yang Instagram-worthy!
IEC Long Firecracker Factory
Beroperasi sejak awal abad ke-20, tempat ini pernah menjadi pusat pengeluaran mercun yang digunakan dalam pelbagai perayaan tradisional. Kini, yang tinggal hanyalah runtuhan bersejarah yang membawa nostalgia industri mercun Macao.
Ruins of St Paul
Dibina pada abad ke-17 sebagai gereja dan maktab keagamaan, bangunan ini musnah dalam kebakaran pada tahun 1835, meninggalkan hanya fasad megah yang masih berdiri hingga kini.
Ukiran seni bina uniknya menggabungkan elemen Eropah dan Asia, menjadikannya lokasi wajib dikunjungi. Selain sejarahnya yang menarik, pengunjung boleh menikmati pemandangan bandar dari puncak reruntuhan dan mengambil gambar di salah satu spot paling ikonik di Macao!
Ole-ole di MM Plaza
Berhampiran Ruins of St Paul, jangan lupa singgah ke MM Plaza. Di sini korang boleh beli snek dan buah tangan untuk dibawa pulang.
Paling penting, ada ruangan yang menjual khusus snek yang disahkan halal. Tak perlu lagi ragu-ragu bila membeli. Aneka biskut dan pilihan snek dijual di sini tau.
Hari ketiga
Workshop seni jubin Azulejo
Rasai pengalaman melukis Azulejo, seni jubin seramik bercorak tradisional Portugis, dalam bengkel khas di Macao! Azulejo terkenal dengan reka bentuk biru dan putih yang halus, sering dilihat di bangunan bersejarah.
Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur dan menjadi kenangan istimewa yang boleh dibawa pulang.
Pesona langit buatan di The Venetian
Salah satu tarikan unik di The Venetian Macao ialah langit buatan yang menghiasi kawasan dalaman pusat beli-belahnya. Direka untuk meniru suasana langit senja di Venice, siling ini memberikan ilusi awan bergerak dan pencahayaan semula jadi, menjadikan pengalaman berjalan di sekitar Grand Canal Shoppes terasa lebih magis.
Makan tengah hari di Warung Indonesia
Siapa kata susah cari makanan halal di Macao? Warung Indonesia Macau atau Wardo adalah tempat terbaik untuk menikmati hidangan autentik Nusantara!
Restoran ini terkenal dengan menu seperti Nasi Padang, Ayam Penyet, Bakso, dan Gado-Gado. Suasananya yang santai serta harga berpatutan menjadikannya pilihan popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong,
Sebenarnya banyak lagi tarikan yang boleh korang kunjungi di Macao. Trip kali ini dibawakan oleh Watsons yang memberi peluang kepada pemenang peraduan bulanan untuk meneroka kota penuh keriangan ini dengan kerjasama Macao Tourism.
Jangan lupa untuk ikuti Watsons bagi peraduan menarik akan datang dan Macao Tourism untuk info serta update terkini tarikan di sana.