Itinerari Menarik Di Wilayah China Termasuk Lokasi Penggambaran Filem Avatar

Travel

Itinerari Menarik Di Wilayah China Termasuk Lokasi Penggambaran Filem Avatar

Bukan pengalaman yang menyeronokkan apabila anda sebagai ketua rombongan ‘jatuh sakit’ ketika melancong diluar negara. Tapi itulah yang dilalui oleh Nizam Zambari apabila membawa rombongan seramai 25 orang backpackers ke beberapa wilayah di China.

Percutian selama 9 hari ini telah lama dirancang rapi selama setahun untuk menjejaki dua wilayah Yunnan dan Hunan. Kebetulan pula, rakyat China ketika itu meraikan sambutan 70 tahun negara mereka.

Advertisement

Antara lokasi menarik yang dikunjungi ialah Lijiang, Kunming, Zhangjiajie dan Changsha. Jom, sama-sama kita baca perkongsian yang dikongsi beliau ini.

china

Bandar Kunming

Trip bermula dari bandar Kunming, dimana kami beramai-ramai menaiki keretapi malam untuk ke bandar Lijiang yang mengambil masa 9 jam perjalanan.

Pengalaman tak berapa nak sedap aku ini bermula selepas kami sampai ke stesen keretapi Lijiang ketika itu sehingga lah hari terakhir di bandar Changsha!

Demam, batuk dan hilangnya suara sememangnya pengalaman sukar buat saya khususnya untuk merangka perjalanan yang sudah diaturkan untuk kawan-kawan saya ketika itu.

Sekirannya anda dalam perjalanan ke Tiger Leaping Gorge, anda wajib singgah ke First Bend Yantza River dahulu. Ianya terletak berdekatan bandar Shiwu Lijiang. Dikatakan panjang keseluruhan sungai Yangtze ini bermula dari pergunungan Tibet sehinggala ke bandar Shanghai.

Sesuai dilawati pada bulan April sehingga Julai, kerana cuaca dan panorama yang disajikan tersangat ‘awesome‘. 

river in china
Ini lawatan aku kali kedua secara backpack ke Tiger Leaping Gorge selepas pertama kali datang pada tahun 2016. Kalau dulu aku daypack ke sini mengunakan trail dari Lower ke Middle Gorge dan tak tinggal semalaman. Ini aku kongsikan tips untuk datang ke sini.

Bagaimana nak ke TIGER LEAPING GORGE (TLG)

  • Boleh naik sleeper train dari bandar Kunming (9jam)
  • Boleh naik bullet train dari bandar Kunming (tapi kami tak mampu, budget traveler la katakan)
  • Sebaik-baiknya dan kalau tak nak pening kepala korang, carila local guide
  • Perjalanan kesini 1-2 jam dari bandar Lijiang

Berapa hari dan perlu ke bermalam di TIGER LEAPING GORGE (TLG)

  • Sebaiknya kalau anda pendaki tegar, 2h1m cukup untuk menghabiskan trek yang ada disana.
  • Nak lagi puas lagi, 4h3m untuk anda cover the whole trek
  • Antara guest house pilihan kami, Tea Horse Guest House, Halfway Guest House, Tina Guest House, Sean Guest House, Luke Youth Guest House.

Akan ada mini ‘7e’ nanti kat puncak kejayaan 28 bends tu. Korang akan sesat kalau korang leka ambil gambar tak habis-habis. Tapi jangan risau, trek disini jelas dan ada signboard arah mana korang nak pergi.

Jade Snow Mountain

china

Dengan ketinggian 5600meter gunung ini adalah gunung tertinggi di Lijiang. Ianya terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari bandar Lijiang. Anda perlu atau wajib mendapatkan botol oksigen bagi mengelakkan serangan AMS (Altitude Mountain Sickness).

Disini juga anda akan disajikan pemandangan glacier ketika berada dipuncak gunung! Jangan lupa claim medal kejayaan diatas nanti.

Blue Moon Valley

china
china
Kaki-kaki selfie tegar pasti sukakan tempat ini! Terletak dikaki gunung Jade Snow Mountain lokasi ini amat mudah sampai kerana semua bas yang turun dari gunung akan terus menuju kesini.

View di sini sememangnya terbaik. Lembah yang menyaksikan landskap gunung JDSM.  Secara peribadi, lokasi ini merupakan antara tempat yang paling cantik pernah aku lawati walaupun kali terakhir datang pada tahun 2016.

Shuhe Oldtown 

shuhe oldtown
Bandar tertua kedua selepas di Lijiang ini sememangnya cantik dengan dihiasi bangunan bangunan lama berusia ratusan tahun! Juga terdapat didalamnya tali air yang jernih yg disalur terus dari kolam berhampiran. Kaki kaki shopping harus bersedia dengan wang saku yang banyak kerana banyak kedai-kedai untuk anda melontar disitu.

Bandar Kunming

Setelah mengharungi 9 jam perjalanan dari Lijiang, saya membawa group untuk berehat seterusnya membersihkan diri mereka di salah satu, Masjid Yongning yang terletak dikawasan Jinbi Road. Kemudian membawa mereka ke wholesale kedua terbesar di dunia, Luoshiwan International Trade City.

Pelbagai barangan menarik dan keluasan bangunan ini boleh mengakibatkan anda sesat pada bila-bila masa. Sehari pun tak cukup untuk ’round’ semua. Maka bershopping lah anda sampai ke kepingan wang CNY terakhir!

Zhangjiajie National Forest Park @Avatar Mountain

china
Memang dah lama simpan impian untuk datang kesini selepas terpaku melihat imej fantasi CGI yang difilemkan dalam animasi Filem Avatar. Selepas kajian demi kajian dan juga menGoogle jikalau wujud ke tempat-tempat sebegini, dan sememangnya wujud!

Terletak di kawasan tengah China, Taman Negara Zhangjiajie yg super luas ni memang popular untuk kaki-kaki travel selepas filem Avatar (2009) keluar.

Selain pemandangan yang terbaik, terletak juga lift outdoor, jambatan gantung kaca dan kereta kabel paling panjang di dunia! 

china
Tiket masuk yang agak mahal dan boleh digunakan 4 hari bagi anda untuk ‘cover’ the whole area. Taman negara ini mendapat pengiftirafan dan bertaraf 5 bintang negara China dan salah satu dari UNESCO World Heritage site dan juga diiktiraf “World Geological Park” pada tahun 2004. Juga lebih dikenali sebagai ‘Hallelujah Mountain’ di dalam movie Avatar.

Changsha Ferris Wheel

Kami hanya singgah bergambar ketika melalui kawasan ini ketika mencari masjid Changsha. Kami menamatkan perjalanan 9 hari di China ini melalui airport Changsha. Dan aku sambung demam dan batuk seterusnya di Malaysia selama 3 minggu berikutnya.

Perkongsian di dalam artikel ini telah disumbangkan sepenuhnya oleh pembaca Amazingnara, Mohd Nizam Zambari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...