Itali Catatkan Peningkatan Drastik 368 Kematian Akibat COVID-19 Dalam Masa 24 Jam Sahaja

COVID-19

Itali Catatkan Peningkatan Drastik 368 Kematian Akibat COVID-19 Dalam Masa 24 Jam Sahaja

Semalam Itali mencatatkan peningkatan paling tinggi dalam sejarah negara itu dengan 3,590 kes baru dan 398 kematian akibat COVID-19 dalam masa 24 jam. Pada masa ini, Itali telah menerima 24,700 kes dengan lebih 1,800 kematian. Itali kini menjadi negara kedua terburuk selepas China selain Sepanyol dan Iran.

Sejak minggu lalu, Itali telah mengumumkan perintah berkurung atau ‘lockdown’ bagi mengurangkan kadar kes penularan wabak ini. Sebelum ini, Itali mencatatkan kes kematian sebanyak 250 pada Jumaat yang lalu. Selain daripada Itali, Sepanyol turut menjalankan perintah berkurung selama 15 hari untuk membataskan pergerakan orang ramai di tempat awam.

Advertisement

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kerajaan di seluruh dunia kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan pergerakan orang ramai selepas wabak ini merekodkan 5,800 kematian dengan lebih 153,000 jangkitan di seluruh dunia.

Itali yang telah mengarahkan perintah berkurung sejak minggu lalu, melaporkan hampir 2,000 orang telah sembuh daripada coronavirus di negara itu.

itali covid-19

Turut mengikut jejak langkah yang sama, Perdana Menteri Sepanyol iaitu Pedro Sanchez mengehadkan pergerakan 47 juta rakyatnya selama 15 hari. Semua sekolah, restoran, univeristi dan hotel diarahkan tutup serta merta bagi mengurangkan kadar kes jangkitan yang terbaru.

Perintah darurat selama 15 hari itu turut melarang penduduk keluar daripada rumah kecuali untuk bekerja, mendapatkan penjagaan perubatan atau membeli makanan. Sepanyol melaporkan lebih 1,500 jangkitan COVID-19 menyaksikan jumlah meningkat kepada 5,753 kes. Setakat ini, virus itu sudah meragut 183 nyawa di Sepanyol.

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Di Itali Rayu Kerajaan Hantar Pesawat Selamatkan Mereka

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...