Itali Catat Jumlah Kematian Paling Tinggi Mengatasi China, Pakar Tegur Arahan Berkurung Yang Tidak Ketat Di Itali

COVID-19

Itali Catat Jumlah Kematian Paling Tinggi Mengatasi China, Pakar Tegur Arahan Berkurung Yang Tidak Ketat Di Itali

Penularan wabak COVID-19 di Itali kini berada pada tahap membimbangkan apabila jumlah kematian yang dicatatkan kini melebihi China, negara asal penularan wabak ini. Sebanyak 3,405 kematian dicatatkan di Itali dengan 427 kes baru diterima semalam.

Baca: Bagaimana Itali Berubah Dari Tahap 1 Hingga Ke Tahap 6 Dalam Masa Tiga Minggu Sahaja

Advertisement

Jumlah kematian di China setakat ini adalah pada 3,249 mangsa, kurang 156 dari Itali. Menurut laporan, jumlah kes jangkitan semakin meningkat di Itali kepada 41,035 selepas 5,322 kes baru dicatatkan. Sementara di Wuhan, China bandar di mana wabak ini mula tersebar tidak menerima sebarang kes jangkitan baru semalam.

Peningkatan yang drastik ini turut mendapat perhatian pakar dari China yang mengawal penularan wabak ini di sana. Menurut mereka, sesetengah kawasan di Itali tidak mengamalkan perintah kuarantin dengan lebih ketat menyebabkan jumlah jangkitan semakin tinggi.

“Situasi di Lombardy, Itali kini sama seperti apa yang kami alami pada dua bulan lalu di Wuhan.”

china covid-19

Di Wuhan, selepas sebulan perintah berkurung diumumkan kita dapat menyaksikan penurunan kes jangkitan. Tetapi di Milan kini, kawasan paling teruk terjejas dengan COVID-19 tidak mengamalkan perintah berkurung yang ketat. Pengangkutan awam masih beroperasi, orang ramai masih bergerak ke sana sini. Masih ada yang tidak memakai topeng muka. Kita perlukan semua rakyat untuk terlibat sama-sama memerangi wabak ini dan mengikut perintah berkurung.

Menurutnya, perintah berkurung yang tidak ketat ini adalah punca Itali semakin mencatatkan peningkatan yang tinggi pada setiap hari. Beliau turut menasihatkan rakyat Itali untuk menghentikan segala kegiatan melibatkan perniagaan dan sebagainya dan berkurung di rumah dengan serta merta.

Artikel berkaitan: Itali Catatkan Peningkatan Drastik 368 Kematian Akibat COVID-19 Dalam Masa 24 Jam Sahaja

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...