Itali Cadang Guna Kubikel Kaca Untuk Idea Pelancongan Musim Panas Bagi Elakkan Penyebaran COVID-19

COVID-19

Itali Cadang Guna Kubikel Kaca Untuk Idea Pelancongan Musim Panas Bagi Elakkan Penyebaran COVID-19

Industri berkaitan pelancongan nampaknya sangat terkesan dengan penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. Perkara ini berlaku kerana banyak negara telah melaksanakan sekatan sempadan dan ‘lockdown’ bagi membendung penularan wabak tersebut sehingga menyebabkan orang ramai tidak dibenarkan keluar dari rumah tanpa sebrang urusan.

Oleh hal yang demikian, industri pelancongan kini berdepan dengan kerugian yang besar kerana masalah ketiadaan pelancong. Disebabkan masalah yang sedang di alami sangat merunsingkan banyak pihak yang terlibat dengan industri tersebut, sebuah syarikat dari Itali telah mencadangkan penggunaan kubikel khas supaya orang ramai dapat menikmati suasana pantai dengan selamat.

Advertisement

Ianya dikenali sebagai Plexiglas

Gambar contoh

Menurut sumber, Plexiglas merupakan sebuah kubikel kaca yang telah dicadangkan untuk dipasang di kawasan tumpuan ramai seperti di tepi pantai. Hal ini, upaya orang ramai dapat menikmati suasana nyaman dan berjemur di tepi pantai seperti biasa dengan selamat sambil mengamalkan penjarakkan sosial.

Kubikel kaca ini dapat memuatkan satu keluarga didalamnya

gambar contoh Gambar contoh

Dengan rekaan khas berukuran 2 meter tinggi dan 4.5 meter lebar, Plexiglas ini akan turut dilengkapi dengan payung yang boleh ditutup. Dinding kaca pada kubikel ini juga adalah kalis sinaran UV dan juga didatangkan bersama pencuci tangan beralkohol.

Namun, kubikel kaca ini masih lagi dalam peringkat cadangan. Syarikat yang bertanggungjawab mereka bentuk kubikel khas ini sedang mendapat maklumbalas daripada orang ramai. Bagaimanapun, rata-rata daripada mereka kelihatan sangat berminat untuk mendapatkan kubikel ini.

Fasa pertama Plexiglass dijangka akan dipasang di beberapa kawasan pantai terpilih dalam masa tiga minggu akan datang.

Sumber: (1)(2)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...