“It Was An Honest Mistake..” – Dahlia Rizal Nafi Tak Ambil Tahu Tentang Palestin, Mohon Maaf Kerana Tidak Sensitif

Trending

“It Was An Honest Mistake..” – Dahlia Rizal Nafi Tak Ambil Tahu Tentang Palestin, Mohon Maaf Kerana Tidak Sensitif

Sebuah gerakan yang dinamakan Blockout 2024 telah dilancarkan di media sosial bagi menggesa pengguna media sosial untuk memboikot artis-artis atau pempengaruh yang mempromosikan produk atau jenama yang dikaitkan dengan Israel.

Dahlia nafi tidak pernah post

Salah seorang yang tersenarai dalam gerakan tersebut merupakan pempengaruh Dahlia Rizal. Tak lama kemudian, Dahlia memuat naik satu kenyataan di Instagram story menjelaskan fitnah yang dilontarkan kepadanya berkenaan isu ini.

Advertisement

Dahlia menafikan tuduhan netizen yang berkata dia baru berkongsi berkenaan Palestin setelah Blockout 2024 dilaksanakan. Katanya, sebelum ini dia sudah pernah memuat naik tentang penindasan rakyat Palestin namun disekat berikutan terlalu banyak perkongsian yang dimuat naik oleh Dahlia di akaunnya.

Untuk cakap saya baru post tentang Palestin, itu adalah salah. Saya ada beritahu kepada followers saya sebelum ini yang saya pernah kena shadowbanned kerana banyak posting.

 

Saya faham mengapa ada yang bersangka macam tu dan saya tidak menyalahkannya. Tetapi buat fitnah dan cakap saya tidak pernah dan ‘baru saja’ nak post itu adalah salah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dahlia Rizal (@dshazall)

Penjelasan Dahlia

Terbaru, pempengaruh ini memuat naik satu lagi kenyataan memohon maaf atas kekeliruan dan salah faham yang berlaku. Menurut Dahlia, dia tiada sebarang kontrak dengan jenama kosmetik seperti didakwa netizen. Tambahan pula, penglibatan bersama jenama itu telah dipersetujui sebelum Oktober 2023.

Di samping itu, pempengaruh ini juga menjelaskan dirinya tidak pernah memuat naik sebarang hantaran yang berkenaan sesi fotografi bersama jenama terbabit di akaunnya.

Dahlia langsung tak pernah membuat sebarang posting mengenai sesi fotografi berkenaan, apatah lagi mempromosikan jenama terbabit kerana penglibatan Dahlia hanyalah sebagai model/talent.

 

Dahlia ingin memohon maaf juga seandainya bertindak kurang sensitif dalam membuat posting atau dalam membeli produk dari negara luar. It was an honest mistake by myself.

dahlia

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nadhir
7 months ago

"Saya Faham Awak Kecewa.." - Diboikot Kerana Promosi Jenama Dikaitkan Dengan Zionis, Nadhir Nasar Beri Penjelasan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...