Isu Zahirah MacWilson Diculik: Pengurusan The Curve Nafi Zahirah Buat Sebarang Laporan Polis

Hiburan

Isu Zahirah MacWilson Diculik: Pengurusan The Curve Nafi Zahirah Buat Sebarang Laporan Polis

Sejak beberapa hari lepas, kes mengenai  Zahirah MacWilson yang didakwa cuba diculik cukup hangat diperkatakan di media sosial. Aktres itu mengakui merasa trauma atas apa yang sudah berlaku. Namun, tidak semua mempercayai berita tersebut, ada yang menganggap ia sebagai satu alasan ataupun cerita yang direka oleh Zahirah dan Zul selepas  foto mereka kantoi berpegangan tangan tersebar di Internet.

Lebih menghangatkan lagi dan mengiyakan anggapan beberapa pihak mengenai kes ini, pihak pengurusan The Curve secara rasmi telah memberi kenyataan kepada media bahawa insiden tersebut tidak pernah berlaku di premis mereka.

Advertisement

Menurut Encik Jazmi Kamarudin, pihaknya telah meneliti rakaman CCTV dengan teliti tetapi mendapati perkara sebegitu tidak pernah berlaku.

Malah, pihak mereka juga tahu bahawa Zahirah tidak membuat sebarang laporan polis yang mengatakan beliau diculik.

Dakwaan pengunjung terbabit mengenai cubaan jenayah seperti itu adalah sesuatu yang sangat serius. Kami mengambil perhatian terhadap isu yang sudah menjadi viral di laman sosial.

Namun, selepas meneliti rakaman CCTV berdasarkan hari serta masa yang dikatakan berlakunya kejadian, kami tidak menemui petunjuk yang menyokong dakwaan itu. Setakat ini, kami mendapati tiada laporan polis mahupun kepada kami yang dibuat oleh mangsa. Apa yang kami tahu, pihak berkaitan yang masih kami cuba mendapatkan penjelasan lanjut sudah memberi kenyataan lain.

Pelik juga kenapa kalau dah diculik tidak mahu buat laporan polis? Ish, takkan tak risau kalau penjenayah itu ada mengekori ke ataupun cuba nak buat sesuatu.

Sumber Berita: BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...