Written by Bella | October 3rd, 2019

Isu tentang warna kulit melibatkan Haneesya Hanee memang kecoh juga sejak kebelakangan ini sehingga ibunya juga terpaksa membuat laporan polis kerana komen keterlaluan netizen yang menyamakan gadis berusia 19 tahun itu dengan Hajarul Aswad.

black hanifah haneesya hanee

Melihat apa yang berlaku, penyanyi Black Hanifah yang turut mempunyai tona kulit yang agak sama menasihati Hanee agar tidak cepat melatah apabila warna kulitnya yang gelap dijadikan bahan jenaka.  Sepatutnya keunikan itu dijadikan sebagai senjata untuk mengembangkan bakatnya, membina nama dalam industri seni.

Pada pendapat saya, Haneesya baru menapak dalam industri, mungkin dia sekeluarga masih belum biasa dengan situasi semasa seperti di media sosial. Dia masih terkejut dimana orang mengenali namanya, stalk dia, follow dia.

haneesya hanee

Jadi saya nak nasihatkan Haneesya supaya jangan cepat melatah, malah jadikan kekurangan itu sebagai senjata.

Sejujurnya, Black sendiri mengakui dia tidak pernah terasa hati sekiranya ada orang yang mengejak warna kulitnya. Menganggap ia sebagai satu kelebihan dirinya yang tidak ada pada artis lain.

black nasihat haneesya hanee

Saya tak pernah nak report polis sebab orang cakap saya ni black, kerana saya sedar saya seorang lelaki berkulit gelap. Tetapi disebabkan kulit gelap ini saya mendapat tempat dalam industri.  Pada saya Haneesya mempunyai identiti yang tersendiri, kalau orang sebut je nama dia mereka sudah boleh terbayang wajah dan tona kulitnya.

Kata-kata Black itu ada benarnya. Buat apa kita hendak layan provokasi orang lain kalau yakin dengan diri sendiri. Biarlah orang nak kata apa pun, asalkan buktikan diri  berbakat dan mampu bertahan lama dalam industri.

Sumber Berita : mStar Online

14 responses to Isu Warna Kulit : Black Hanifah Nasihat Haneesya Hanee Jangan Cepat Melatah

  1. garam says:

    Betul kata Black. Cuma lelaki bila dikaitkan dgn kulit hitam kesannya tak seberapa. Sebab lelaki org pandang macho bila kulit gelap. Pompuan plak, tak lawa mcm mana pun, tapi bila kulit putih melepak automatik jatuh lawa.

  2. kakek says:

    kalo dia terasa org cakap warna kulit tu..xde lah dia pakai baju bukak2 tnjuk kulit..ni camok je cam bangga je..org x kesah pasal warna kulit tu..peel x semenggah tu wat org nyampah

  3. kiah x propa says:

    haneesya oii..dh memg ko itam kot…terima jela…org malaysia manada yg tk mengata…takut kena kata jgn jd artis le oiii….memula oklaa …lelama meluat pulak ehh…ulang2 isu sama….mcm nak gunakan isu tu dpt ehsan org….chill sudah….
    patotnya disamakan hajarul aswad ko bangga laa…dayang nurfaizah dulu org kata itam…dayang senandung! ada dia melenting! jd kan semangat lahhh…skrg dh berjaya dh dia ….ada kelass lg…
    jgn jd lembik sgt boleh…. kena kata sikit sentap kata sikit sentap….lelama org naik muakk….please stop sentap but show more of your talent…pergi amik job berlakonka..nyanyi kaa…modelling kaa..chanel ur inner strength buat benda berpaedah!!

    ni nk sokong ko pn berlakon / modelling/nytanyi/mengacara pn idak lagi….go girl be brave go out there and shine!! jgn nak lembik lerrr …and stop your ranting/ngamuk/meluah kt insta psl org buli ko! ignore like neelofar tu haa….apadia kesah kepala lutot nampak pon…jnji mak kt overseas katanya ko adaaa…..

    tu blm aku masuk bab mak nya pulak….cukop la kot

  4. Anonymous says:

    To be honest haneesya ni w/pun hitam & ku x berkenaan tapi x dinafikan dia mmg cantik. mcm barbie doll ku rasa. tapi masalah org kutuk kau dik, sebab perangai kau… kalau perangai kau cantik dan x propa bukan2 org xde sesuka hati nk mengata kau (kecuali netizen yg mmg xde adab). sbb ko cuba tgok artis lain mcm dayang, xde pulak aku rasa org dok kata dia hitam2… sbb dayang x pernah kot buat perangai taik mcm kau. kalau perangai x senonoh, putih cantik mcm emma maembong pun org kutuk bakul2. nikan pulak bila ada benda nk jadi bahan (hitam) lagilah seronok diorg kutuk.

  5. Lu says:

    Panjang karangan..

  6. Anonymous says:

    uishhh kak kiah…jgn ditegur artis berbakat alam semesta ni..

  7. Anonymous says:

    Rasanya yg jd isu dekat sini bukan psl org mengata dia berkulit hitam atau dia dijadikan bahan jenaka disebabkan berkulit hitam tapi isunya adalah dia seolah sengaja menjadikan kulit hitamnya itu utk meraih publisiti murahan padahal org takde la kisah sgt pun psl dia kulit hitam ke apa. Dia sendiri kot yg hina diri dia dgn memanggil diri sendiri sebagai “ugly duckling” dekat ig profile bio dia. So bukan isu org menghina dia. Tapi isunya yg menjadikan org meluat dgn dia kerana dia cuba dapatkan cheap publicity melalui isu kulit hitamnya – selalu buat cerita sedih seolah dibuli dan dihina hanya kerana berkulit hitam. Come on la.. we can see the game you play, my dear. Not everyone as foolish as you. Org Malaysian ramai yg berkulit mcm awak and u think it is a new thing? Tolong buktikan awak menang ABPH hari tu mcm yg awak claim yg awak berbakat.. bukan menang sebab publicity murahan ya dik. Ha jgn pulak ingat aku retis yg dengki dgn ugly duckling ni… haha

  8. Wan AHmad YAssin says:

    Knape semenjak due menjak ni macam tak laku je BNARA ni, ramai dah boikot ke?????

  9. Anonymous says:

    byk sgt iklan nara nih… makin menyampah nk bukak… loading iklan pun dh bape byk daaa

  10. Anonymous says:

    org meluat perangai haneesya ni asek raih publisiti murahan.. asek2 raih simpati kulit gelap… so so so dah memang hitam.. nk sgt org kenal kulit se hitam kuali kan..

  11. Anonymous says:

    Dayang, neeta… Actually ramai je kulit hitam manis. N diorg langsung x propa tp lg kerja kuat nk tnjuk bakat diorg.

  12. penasaran says:

    btl, dayang, neeta semua ok aja, black mula2 masuk dlm industry, apa org x kata dia, hitam, muka x hensem langsung, penjual ikan aja, but he tak melatah tapi he prove that he has talent, x ada nak mengamuk ke apa, cuma recently dia cuma kecil hati bila netizen pertikaikan hal anak dia. skg makin maju kedepan, so prove netizen you are good in what jgn asyik nak pong pang pong pang

  13. Bawang says:

    Hitam hitam si tompok kuali, sudah la hitam, dipandang hitam.
    Apakah hitam tidak berkilat?

  14. Love urself says:

    Ok…kalau kite tolak pasal kulit dia..pasal kes clubbing die…apa bakat dia..gaiss?..
    Ramai je org malaysia ni kulit gelap..nak2 lagi yg tinggal kat tepi pantai….ape masalahnyer…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini