February 26th, 2015

Semalam kita dikejutkan dengan sebuah lagi video ugutan terbaru daripada pihak pengganas Anak Malaysia Anti Demokrasi yang ingin membunuh Ketua Polis Negara. Namun, apa yang menjadi perhatian ramai ialah mereka  sekali lagi telah menggunakan foto artis dalam video mereka. Kali ini Jaafar Onn pula telah menjadi mangsa mereka.

 Susulan perkara tersebut, Jaafar Onn yang sedar foto beliau telah tampil dalam video tersebut menyatakan beliau tidak gentar dan tidak mahu membuat laporan polis buat masa ini kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak pengganas.

Itu permainan mereka dan rasanya tidak perlu saya layan dengan membuat laporan polis kerana ia membuang masa.

Mereka juga bukanlah orang yang berani kerana muka sendiri pun berselindung disebalik topeng.

Jika Nora Danish merasa risau dan fobia untuk keluar daripada rumah setelah gambar beliau digunakan dalam video pengganas, Jaafar Onn pula nampaknya kelihatan lebih tenang dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

Dalam zaman Internet ini, macam-macam hal dan ramai orang yang terlebih pandai. Saya serahkan keselamatan diri saya kepada Allah. Hidup mati kita ini, Allah yang tentukan.

Dalam video terbaru pengganas tersebut, tiga lelaki lengkap berpakaian serba hitam dan bertopeng sambil memengang foto wajah Jaafar Onn menyatakan ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan meletupkan keretanya.

Kadang-kala jika kita melayan sesetengah pihak yang tidak mempunyai masalah dengan kita, ia adalah satu perkara yang membuangkan masa. Walaubagaimanapun, tidak salah untuk kita berhati-hati akan perkara yang tidak boleh diramal.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...