Personaliti media sosial Ammar Nazhan tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan dengan isu video ‘leak’ yang sedang tular.
Menurut Ammar, beliau sama sekali tidak terlibat dengan perkara tersebut dan menegaskan kejadian yang berlaku adalah di luar pengetahuan serta kawalannya.

“Am nak clarify sikit sebab ada thread dan perbualan yang kaitkan nama Am atau Team Ammar Nazhan dengan isu video leak yang tengah viral. Untuk pengetahuan semua, Am sebenarnya tak terlibat dengan perkara tersebut, dan apa yang berlaku itu di luar pengetahuan serta kawalan Am,” jelasnya.
Ammar turut mengakui wujud kekeliruan dalam kalangan netizen, namun berharap orang ramai tidak sewenang-wenangnya mengaitkan namanya tanpa maklumat yang sah.
“Am faham mungkin ada salah faham, tapi Am harap semua boleh elakkan sebut atau kaitkan nama Am tanpa fakta yang jelas,” katanya.
Mengulas mengenai isu pejabat yang didakwa menyerupai rumah, Ammar menjelaskan bahawa lokasi tersebut merupakan studio rasmi untuk penggambaran kandungan dan bukannya kediaman.
Team Ammar Nazhan Didakwa Terpalit Isu Video Tidak Senonoh Di Platform X, Cetus Perdebatan Netizen
“Memang design pejabat nampak macam rumah, tapi itu studio rasmi untuk content shoot. Rumah perempuan dan lelaki berasingan. Am dah sediakan semuanya,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Ammar meminta agar fitnah berterusan dihentikan kerana ia memberi kesan besar terhadap kehidupannya, lebih-lebih lagi apabila beliau merancang untuk mendirikan rumah tangga tahun ini.
“Tolong elakkan fitnah berterusan. Tambahan pula Am nak kahwin tahun ini. Banyak dugaan yang Am lalui pada 2026,” luahnya.
Penjelasan tersebut dibuat bagi menjernihkan keadaan serta mengelakkan salah faham berpanjangan dalam kalangan masyarakat dan pengikutnya di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
