Sebelum ini kecoh tentang isu penerbit Dato’ A. Aida mengeluarkan kenyataan bahawa dia mementingkan rupa dari bakat pelakon yang membintangi filem atau drama terbitannya yang mendapat perhatian daripada ramai pihak.
Perkara itu turut meraih perhatian Erma Fatima yang memberikan pendapatnya mengenai isu tersebut.
Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram milik Erma, dia menyatakan Dato’ A. Aida terlalu jujur dalam menyuarakan kehendak stesen televisyen dan penonton.
Kau jujur sangat menyuarakan kehendak stesen dan penonton.”
Dalam pada itu, Erma turut menulis kapsyen yang seakan-akan menyindir seseorang namun tidak diketahui perkara itu ditujukan kepada siapa.
Cakap kena serupa bikin..Cuba check artis pilihan stesen you. #cek dah lama atas meja tu akauntan cakap. Makan tahun nak sign cek ke?
Untuk info, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas pernah menggesa supaya FINAS mengambil tindakan terhadap A. Aida susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh penerbit berkenaan.