December 11th, 2012

Akhirnya pihak yang terlibat telah pun mengeluarkan kenyataan mengenai isu pemakaian uniform PDRM oleh Farid Kamil ketika majlis resepsinya baru-baru ini. Berkata kepada Mstar Online, Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner Polis, Zulkifli Alias memaklumkan yang Farid tidak melakukan sebarang kesalahan.

farid kamil

Ini kerana uniform yang digunakan oleh Farid Kamil tidak melambangkan imej sebenar PDRM. Malah istiadat lalu di bawah pedang jugak tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis. Kata Zulkifli Alias:-

Pakaian yang digunakan semasa “sword bearer” (lalu bawah pedang) itu bukan uniform rasmi polis malah tiada lencana yang dipakai anggota beruniform itu. Jadi ia bukan satu kesalahan. Cuma ia sedikit mengelirukan.

farid kamilNamun begitu, Leftenan Komander Rahimah Taib daripada Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan pula berkata yang pihaknya akan menghantar surat teguran kepada Farid Kamil supaya tidak lagi mengulangi kesilapan ini. Berita baiknya ialah tiada sebarang tindakan undang-undang yang akan dikenakan terhadap Farid. Kata Leftenan Rahimah:-

Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat. Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara. Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar.

farid kamil

Diharap anda semua akan berpuas hati dengan penjelasan daripada pihak-pihak yang terbabit. Tak perlu panjangkan lagi cerita ini. Biarlah Farid Kamil tenang menjalani hidup sebagai seorang suami di samping Diana Danielle. Lebih-lebih lagi Diana sedang hamil dan memerlukan perhatian 100% daripada Farid sebagai suaminya.


Comments are closed.

Loading...