Isu Tuntut Hadiah Juara GV4 Berupa Tanah Lot Belum Selesai, Aishah Bawa Kes Ke Mahkamah

Hiburan

Isu Tuntut Hadiah Juara GV4 Berupa Tanah Lot Belum Selesai, Aishah Bawa Kes Ke Mahkamah

Penyanyi senior, Aishah nampaknya masih bergelut dengan kes tuntutan hadiah kemenangan ketika menjadi juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) tempoh hari berupa tanah lot kediaman banglo.

Difahamkan sudah empat tahun tuntutan tersebut berjalan dan masih belum menemui jalan penyelesaian.

Advertisement

Semalam, penyanyi lagu Janji Manismu itu ada memuat sebuah hantaran di Instagram berkongsikan mengenai tindakan undang-undang yang bakal diambilnya terhadap penaja hadiah program nyanyian berkenaan.

Ujar Aishah, dia sudah lama bersabar dan menunggu namun tuntutan yang dibuatnya tidak diberi perhatian secara serious oleh pihak berkenaan yang terdiri daripada tiga individu.

“Jadi tolonglah jangan ada yang komen mengapa tak nak selesaikan dengan baik. Dah cuba empat tahun kemudian tuntutan kami masih tidak diberi perhatian yang serius. Jadi ke mahkamahlah kita, okay..”

Dia yang turut dihubungi media memaklumkan bahawa pihaknya sudah memberi tempoh sewajarnya agar perkara tersebut diselesaikan namun tidak diendahkan.

Katanya lagi, pihaknya perlu mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan di mana dia perlu mengiklankan di dada akhbar kerana individu-individu berkenaan tidak hadir bagi sesi persediaan untuk perbicaraan.

AishahSumber : Google  

Akhiri Aishah, dia tampil menasihatkan agar mana-mana pihak atau organisasi yang ingin menaja hadiah sesuatu program perlulah memastikan hadiah itu wujud sebelum memulakan tajaan.

Terdahulu, Aishah yang berjaya merangkul gelaran juara Gegar Vaganza musim ke-4 itu telah dijanjikan hadiah berupa tanah lot banglo, namun mendakwa pihak penaja telah menukar hadiah itu kepada saiz tanah yang lebih kecil.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...