Isu Tular Tentang Kematian Seekor Tapir: APM Beri Penjelasan

Trending

Isu Tular Tentang Kematian Seekor Tapir: APM Beri Penjelasan

Beberapa hari lalu tular di media sosial tentang kematian seekor tapir di Hulu Langat. Mereka mahukan kepastian kenapa tapir yang ditangkap hidup boleh mati selepas ditangkap.

Advertisement


Timbalan pengarah APM Selangor Lt.Kol(PA) Khairil Izzwan Datuk Abd Rahaman berkata, hasil siasatan mendapati pihak APM menerima panggilan orang awam yang memaklumkan seekor tapir terjatuh ke dalam longkang di Batu 14 Hulu Langat pada jam 10.38 malam, Selasa lalu.

“Empat anggota bergegas ke lokasi dan dimaklumkan tindakan awal telah diambil oleh orang ramai serta pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tiba terlebih dahulu ke lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, keadaan tapir yang diklasifikasikan haiwan terancam dan dilindungi itu lemah dan mengalami kecederaan di kepala serta badan dengan bahagian lehernya dipercayai diikat ketat.

“Anggota APM kemudian mengambil keputusan untuk membuat sergahan dan menepuk punggung tapir tersebut tanpa perlu menarik ikatan pada leher dan usaha itu berjaya sebelum tapir berkenaan rebah dan tergelincir,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan ini, ikatan dibuat pada bahagian kaki menggunakan tali dan anggota bomba membantu memegang kaki tapir berkenaan bagi memudahkan anggota APM memotong tali yang terikat di bahagian leher tapir berkenaan menggunakan ‘cutter’.

“Setelah selepas memotong tali berkenaan, anggota APM memeriksa nadi tapir berkenaan dan mendapati tiada nadi dikesan.

“Sehubungan itu, kami ingin menegaskan bahawa keadaan tapir berkenaan sememangnya tidak bermaya ketika anggota APM tiba ke lokasi dan anggota terlibat telah menjalankan penugasan sebaik mungkin bagi mengelakkan lebih banyak kecederaan padanya,” katanya.

Beliau berkata, pihak APM turut berasa hiba kerana tapir berkenaan tidak dapat diselamatkan.

“Saya dimaklumkan bangkai tapir itu kemudian ditinggalkan di lokasi kejadian kerana difahamkan pihak Perhilitan akan ambil untuk tindakan lanjut, manakala anggota APM pula perlu bergegas ke lokasi lain,” katanya. – Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...