“Isu Tiru Rekaan Diperbesarkan Jenama Tudung Yang Ingin Dikenali Dengan Cara Licik”

Trending

“Isu Tiru Rekaan Diperbesarkan Jenama Tudung Yang Ingin Dikenali Dengan Cara Licik”

Sebelum ini, jenama tudung Fatheena mendakwa telah mengeluarkan tudung satin silk yang dicetak peta dunia dan menggunakan warna pastel tetapi terdapat pihak yang mendakwa rekaan itu 90% sama dengan tudung yang baru dikeluarkan oleh Asyallie Scarves yang dimiliki Instafamous, Asyallie.


 photo asyallie.jpg

Sebentar tadi, Asyallie Scarves bagaimanapun telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai cara tudung Galaxy of Hearts (yang didakwa oleh pemilik tudung Fatheena mempunyai persamaan dengan tudungnya) diilhamkan dan dikeluarkan, sekaligus membidas pengeluar tudung Fatheena.



Berikut ialah kenyataan dari @asyalliescarves :

Advertisement

Salam kepada semua. Sebelum business, apa-apa pun hati kena bersih. In sha Allah rezeki luas. Kami dgn ini akan justify design yang kami keluarkan tak pernah tiru apa-apa brand tudung sesiapa. In fact, kalau tengok betul-betul, memang tak sama.

Mungkin ini ujian kami tiba-tiba ada brand lain yang tak pernah kami kenal kewujudan anda selama ini claim yang design kami tu meniru anda.

Sesiapa sahaja bebas berkarya dan kami mengambil inspirasi daripada kasut ini dan juga Google. Kami Google design-design geometric dan @asyallieescarves bersama @shasyahabib sepakat untuk memilih geometric love. Kamu semua sendiri pun boleh Google okay?


 photo 14723601_336275023412471_6488599220839251968_n.jpg

Jadi sebelum membuat tuduhan dan serangan, fikir dulu yang sesiapa sahaja berhak berkarya dan mengeluarkan design itu dalam bentuk masterpiece.

Almost satu bulan lebih kami menjalani proses graphic designing and after beberapa prototype dibuat, akhirnya terhasil lah Galaxy of Hearts. Isu ini hanya hal kecil yang sengaja dibesarkan oleh pihak yang ingin jenamanya dikenali ramai dengan cara yang licik. Sekian.

Apa yang diperkatakan oleh Asyallie Scarves itu ada benarnya. Apabila bercakap tentang rekaan yang ditiru, aspek yang perlu diberi perhatian ialah adakah rekaan yang sama 100% dari segi cetakan dan juga apakah material yang digunakan juga sama?

Mungkin secara kebetulan saya tudung Asyallie mempunyai rona yang sama dengan Fatheena, tetapi rekaannya berlainan. Ini ialah rekaan penuh Galaxy of Hearts yang direka oleh pereka profesional:

 photo 14711993_1781349752133366_9117489891733667840_n.jpg
Semoga dengan kenyataan ini, isu peniruan rekaan tudung ini dicerahkan dengan serta-merta.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...