Isu Tidak Salam Lelaki ABPBH 2014: Neelofa Bukan Mahu Tunjuk Alim

Isu Tidak Salam Lelaki ABPBH 2014: Neelofa Bukan Mahu Tunjuk Alim

Sebelum ini, tindakan pengacara televisyen paling popular 2014, Neelofa menolak untuk bersalaman dengan pengurusnya Shawn Amer sewaktu diumumkan sebagai pemenang di ABPBH telah menjadi viral di media sosial.


 photo neelofa.jpg

Tindakan Neelofa dilihat oleh ramai pihak sebagai sesuatu yang patut dilakukan dan mereka memuji sikapnya itu. Namun ada juga yang mengeji dan menganggap Neelofa menunjuk alim. Melalui Harian Metro, wanita itu memberitahu dia tidak menyangka perkara itu menjadi perhatian umum:

Advertisement

Memang tak terlintas langsung dalam fikiran perkara itu menarik perhatian dan jadi bualan umum.

Saya memang buat perbuatan itu malam tadi (kelmarin). Ia memang sengaja saya lakukan. Cuma yang saya tidak sangka perkara itu diperhatikan dan menjadi bualan pula.

Malah, apabila ia mula kecoh diperkatakan di media sosial, saya jadi terkejut. Saya tidak sangka hal ini pun akan jadi satu isu.

Tambah Neelofa, dia belajar dari kesilapan sewaktu Anugerah MeleTop, baru-baru ini:

Saya belajar dari kesilapan lepas ketika Anugerah Meletop tempoh hari, di mana tindakan saya menyambut salam Datuk AC (Mizal) mengundang kritikan ramai.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa Neelofa bersalaman pula dengan pengarah telefilem popular Michael Ang, namun Neelofa mmengakui mungkin terdapat kecuaian di pihaknya:

Bermula dari kejadian itu saya cuba jaga adab dan hukum itu. Tidak dinafikan kecuaian itu mungkin berlaku tapi saya berusaha untuk memperbaiki. Jadi pada malam itu saya sengaja tidak mahu bersentuhan dengan bukan mahram ketika diumumkan menang.

Okaylah tu sebagai permulaan, ya tak? Sekarang satu Malaysia tahu Neelofa tidak mahu bersalaman dengan bukan mahram dan mereka pastinya tidak akan menghulurkan tangan lagi untuk bersalam dengannya.

Bersama kita semua memperbaiki diri kita selepas ini, Insha-Allah.

Sebilangan kita mungkin sudah biasa dengan sajian istimewa nasi yang dihiasi pelbagai lauk pauk yang enak. Namun, masih…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 6 April 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...