Isu Tertinggal Bayi Dalam Kereta, Wanita Ini Ajak Netizen Fahami Situasi Si Ibu

Trending

Isu Tertinggal Bayi Dalam Kereta, Wanita Ini Ajak Netizen Fahami Situasi Si Ibu

“Maafkan ibu.. maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja,” jerit Hasmah Masroh, 32, apabila anak perempuannya, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, 2, maut akibat sesak nafas selepas tertinggal dalam kereta selama empat jam di parkir sebuah kolej kemahiran di Batu 3 baru-baru ini.

Rentetan isu ini, seorang wanita terpanggil untuk membahaskan isu ini secara bijak di media sosial. Beliau ingin netizen melihat isu ini dari pelbagai aspek dan tidak menuding jari pada si ibu semata-mata.

Advertisement

Jom baca luahan wanita ini..

Janganlah disalahkan ibu itu semata-mata. Saya pernah jumpa kes ini beberapa tahun lepas semasa berkhidmat di Negeri Sembilan dahulu.

Hampir sama dengan kes ini. Si ibu, merupakan tenaga pengajar di sebuah tempat. Rutin hariannya adalah menghantar anak yang besar ke sekolah.

Manakala suami yang akan menghantar anak ke rumah pengasuh. Rutin itu berulang setiap hari hinggalah pada hari kejadian.

Suami perlu kerja luar. Maka hari tu, buat pertama kali rutin hariannya berubah.

Dan hari tu, selepas menghantar anaknya kesekolah, dia langsung terlupa anak kecilnya belum dihantar ke rumah pengasuh.

Dan dia, tanpa sengaja tertinggal anaknya di dalam kereta, bergegas masuk kerja kerana perlu menyiapkan agenda mesyuarat penting yang perlu dihadirinya.

Dalam masa bermesyuarat itu, fokus diberikan sepenuhnya terhadap apa yang dibincangkan hinggalah selepas dua jam kerjanya hampir selesai, beliau teringat tentang anaknya yang berada didalam kereta.

Berlari si ibu dari tingkat atas ke tempat parkir kereta yang diletakkan dibawa panas terik. Ya, anaknya sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.

Anak dibawa ke unit kecemasan, resusitasi dilakukan tetapi anak itu tidak dapat diselamatkan. Masa tu, semua yang mendengar cerita dari pihak media memang menjatuh hukum terhadap si ibu.

Cuai. Tidak sayang anak. Tidak bertanggungjawab. Dan pelbagai tohmahan.

Hinggalah pakar saya berkata kepada kami,

“Allah ni, kalau dia nak tutup sekejap pandangan kita, anak yang depan mata pun kita tak nampak. Mana ada ibu tidak sayang anak yang dibawa sepanjang kehamilan, dibesarkan dan diberikan perhiasan cantik hingga sedap mata yang memandang.”

“Kalau dia tak sayang anak, tidak dia bergegas bawa anak ke hospital, tidak pula dia meraung meratap tangis kerana kecuaiannya dan tidak juga dia terus menyalahkan diri kerana apa yang berlaku.”

“Orang perempuan (ada juga lelaki), bila berlaku perubahan rutin secara mendadak, memang tidak akan terbiasa sebab otak dah biasa melakukan rutin harian dan ia keep repeating the same routine every day

Nah. Terdiam juga kami bila mendengar apa yang dikatakan oleh pakar kami.

Berhentilah menyalahkan si ibu. Kita mana tahu apa yang berlaku pada fikiran serabut si ibu hari itu.

Apa mahu dikejarkannya, apa sebab tidak perasan si anak berada di sebelah serta apa hikmah Allah menduganya begitu.

Kita ni, bila DIA nak uji macam tu, bila-bila boleh walaupun kita ibu/bapa terbaik untuk anak kita.

Dari gambar si anak pun kita tahu, betapa ibu itu menjaga si anak sebaik-baik mungkin dengan perhiasan yang dipakaikan. Cuma hari itu dia khilaf.

Cuba fikir apa perasaan dia yang baru kehilangan anaknya, membaca tuduhan serta andaian rambang anda sedangkan tidak langsung dia terfikir perkara itu akan berlaku padanya.

Buat si ibu dan bapa. Salam takziah dari saya. Abaikan segala nista. Ada hikmah atas setiap ujianNya.

P/S : Cukup jadi ‘tuhan’ sosial media. Letak diri anda di tempat mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...