Isu Tegur Mamat Dalam Podcast, Syamsul Debat Bersuara – “Sama Ada Saya Atau Mamat, Kena Lebih Hati-Hati. Ada Masa Yang Sesuai Untuk Mencelah”

Hiburan

Isu Tegur Mamat Dalam Podcast, Syamsul Debat Bersuara – “Sama Ada Saya Atau Mamat, Kena Lebih Hati-Hati. Ada Masa Yang Sesuai Untuk Mencelah”

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu, tular klip video pendek yang dipotong daripada sesi podcast Dol’s Podcast yang memaparkan pendakwah, Ustaz Syamsul Debat menegur pelawak yang juga merupakan hos ketika itu, Mamat Sepahtu kerana mencelah ketika dirinya sedang bercerita.

Tak sangka isu Mamat mencelah jadi besar

Ketika ditemubual oleh pihak Harian Metro, Syamsul Debat memaklumkan situasi ketika rakaman podcast itu dilakukan lebih kepada perbualan santai dan sama sekali tidak menyangka isu besar akan berlaku dikalangan warganet.

Advertisement

Katanya, setiap seorang di dalam podcast tersebut memberi pandangan masing-masing dan dia hanya memberi respon spontan sewaktu situasi Mamat mencelah itu berlaku.

Namun begitu, ada netizen yang cukup teliti dan menegur perkara itu. Saya tidak menyalahkan mereka kerana itu adalah berdasarkan persepsi masing-masing.

Dalam pada itu, pendakwah berkenaan turut berkata Mamat ada menghantar mesej secara peribadi kepadanya untuk memohon maaf atas insiden yang tidak sengaja itu.

Memang betul, dia sendiri yang mesej saya. Cuma saya tidak sangka pula mesej itu turut dikongsikan kepada umum (di Instagram Story Mamat). Saya tak ada pun meninggalkan tempat rakaman dalam keadaan marah atau kecewa.

Kongsi situasi sama sewaktu Jep mencelah di Sepahtu Reunion

Syamsul Debat juga ada berkongsikan situasi yang sama berlaku sewaktu dirinya menjadi tetamu jemputan di Sepahtu Reunion, di mana ketika itu Jep Sepahtu mencelah sewaktu dia sedang bercakap.

Jep pernah mencelah dan saya berkata, ‘Kau bagi la aku cakap dulu’. Ia berlaku secara spontan dan biasa sahaja, dan tidak pun dijadikan isu besar.

Tidak mahu memperbesarkan isu berkenaan, Syamsul Debat mengajak semua pihak untuk berlapang dada serta tidak terlalu cepat menghukum.

mamat sepah mohon maaf kepada syamsul debat
3 weeks ago

Mamat Sepah Dikecam Gara-Gara Menyampuk Dalam Podcast, Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Ustaz Syamsul Debat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...