Biarpun anak sulungnya, Ivanna Alashkar tidak diajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian, namun pelakon Ramona Zamzam tampil menafikan dakwaan dirinya sudah lupa asal usul sebagai orang berbangsa Melayu.
Ujar Ramona lagi, perkara itu hanya dilakukan buat sementara waktu sahaja sehingga Ivanna petah bertutur kelak.
“Itu hanya tanggapan orang sahaja nak cakap saya dah lupa diri. Bila fikirkan pasal ini sangat menyakitkan hati dengan posisi saya sekarang. Semua orang ada cara tersendiri untuk membesarkan anak mereka.”
Menurutnya, doktor juga tidak menghalang mereka berkmunikasi dalam bahasa Melayu bersama anak, namun perlukan masa untuk cahaya matanya itu untuk biasa bercakap dahulu.
Meskipun begitu, Ramona khabarnya kesal dengan sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab khusus para netizen yang tidak menghormati akan keputusan doktor.
“Saya ni manusia biasa, kadang-kadang tak boleh nak abaikan komen negatif. Ada yang menggunakan panggilan bodoh dekat doktor. Bagi saya itu sangat biadab. Siapa awak untuk berkata seperti itu hanya kerana pandangan dia bertentangan dengan pemikiran awak.”
Sekadar informasi, Ramona telah sah bergelar isteri kepada jejaka tinggi lapai Rami Alashkar pada 1 Mei 2015. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata pertama, Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.
Sumber: Gempak