Isu Suruh Makan Di Rumah, Kena Jeling Biar Anak Bising Di Restoran, Cikgu Ayu Mohon Maaf

Kehidupan

Isu Suruh Makan Di Rumah, Kena Jeling Biar Anak Bising Di Restoran, Cikgu Ayu Mohon Maaf

Gara-gara meluahkan rasa kecil hati kerana dijeling pelanggan lain ketika makan di restoran bersama anak-anak, seorang wanita yang dikenali sebagai Cikgu Ayu dikecam netizen baru-baru ini.

Menurut netizen, Cikgu Ayu terlanjur dalam berkata-kata dan tidak sepatutnya menyuruh pelanggan lain untuk makan sahaja di rumah jika tidak suka mendengar budak berbuat bising di restoran.

Advertisement

Ramainya ibu bapa yang ada anak kecil terkesan. Saya mohon maaf kat semua yang terasa. Isu keluarga yang jeling tu bukan bujang ya tapi satu keluarga jeling. Ya, anak saya bukan jenis meragam yang kacau orang.

Ada orang cakap saya tak cuba tenangkan, tak gilir dengan suami. Saya berulang kali bangun keluar tenangkan anak, orang boleh hakimi tapi tak nampak ‘struggle’ saya bagi baby diam.

Meskipun begitu, masih ramai yang tetap tidak berpuas hati dengan penjelasan Cikgu Ayu kerana mereka beranggapan wanita berkenaan tidak memahami isu sebenar yang berbangkit.

@cikguayu_imtecer

Replying to @? iii•zUueee terima kasih yg tampil bgthu.. n mohon maaf dr sy??#cikguayu

? Bil Qur’ani Sa’amdhi – Hidayat

Saya rasa cikgu pun tau, orang ramai bukan pertikaikan isu anak bising kat kedai makan, tapi isu mulut cikgu tu.

Faham ke tidak, kami tak ada masalah pun anak meragam tu masalahnya cadangan awak suruh orang balik makan kat rumah tu yang buat orang kecam.

Terdahulu, seorang wanita dikecam kerana memberi cadangan kepada orang ramai yang tidak tahan dengan perangai budak kecil di restoran agar membungkus sahaja makanan dan dimakan di rumah.

Wanita kesal dijeling
2 years ago

"Ni Kedai Makan, Bukan Tadika!" - Wanita Anak Ramai Bengang Kena Jeling Di Restoran Sebab Bising, Netizen Tak Puas Hati?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...