Isu Sunat Bayi Perempuan, Dr Amalina Minta Henti Kecaman – “Kalau Ragu-Ragu Ikut Pendapat Mufti Tempat Sendiri”

Trending

Isu Sunat Bayi Perempuan, Dr Amalina Minta Henti Kecaman – “Kalau Ragu-Ragu Ikut Pendapat Mufti Tempat Sendiri”

Sebelum ini, doktor pakar bedah iaitu Dr. Amalina Che Bakri telah berkongsi mengenai servis sunat anak perempuan adalah haram dan dilarang di United Kingdom.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai respon dan mencetus perdebatan orang ramai mengenai hukum sunat bayi perempuan di dalam ajaran agama Islam.

Advertisement

Tampil memberi penjelasan, doktor perubatan berusia 35 tahun itu berkata perkara tersebut merupakan peraturan di negara United Kingdom.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Amalina memaklumkan khitan bagi bayi perempuan atau dikenali sebagai Female Genital Mutilation/Cutting (FGM/C) adalah haram dilakukan di negara itu.

Malah, ibu kepada bayi perempuan bernama Arabell Mia itu meminta rakyat Malaysia yang suka mengecam untuk membaca sendiri apa yang dikatakan oleh Imam dan Muslim British Council di United Kingdom.

Saya tak tentukan hukum, saya jawab soalan orang yang bertanya.

Menurut Amalina, terdapat pelbagai pendapat berkenaan khitan mengikut fatwa dan negara masing-masing.

Kalau anda tidak puas hati, boleh tanya sendiri kepada Imam di UK.

Dalam pada itu, isteri kepada Alexander Charles itu meminta netizen Malaysia untuk berhenti mengecam orang Islam di negara lain.

Kalau ragu-ragu ikutlah pendapat mufti di tempat anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Sunatkan Bayi Perempuan Haram di UK” – Dr Amalina Bakri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...