Isu Suami Kasari Isteri, Caprice Cadang Anjur Perlawanan Tinju Antara Artis – “Farid Kamil Vs Syamsul Yusof”

Hiburan

Isu Suami Kasari Isteri, Caprice Cadang Anjur Perlawanan Tinju Antara Artis – “Farid Kamil Vs Syamsul Yusof”

Baru-baru ini, dunia hiburan sering dikejutkan dengan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh kalangan artis yang bukan sahaja melibatkan orang ketiga, malah melibatkan keganasan rumah tangga.

Susulan itu, penyanyi dan aktivis kemanusiaan iaitu Caprice tampil memberi cadangan untuk mengadakan satu pertandingan sukan tinju antara selebriti.

Advertisement

Menerusi hantaran di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli hasil kutipan daripada pertandingan tersebut akan diserahkan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membela nasib wanita.

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 34 tahun itu turut mencadangkan beberapa nama selebriti lelaki yang bakal digandingkan sebagai rakan lawan dalam pertandingan tinju tersebut.

Farid Kamil vs Syamsul Yusof, Aedy Ashraf vs Hafidz Roshdi..

Dalam pada itu, Caprice menjelaskan idea pertandingan itu tercetus apabila ramai yang meminta dirinya untuk mengulas mengenai isu keganasan terhadap wanita yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan selebriti Malaysia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan tersebut untuk diadakan bagi melihat sejauh mana kehebatan dan kekuatan seorang lelaki.

Malah, pelakon Farid Kamil turut meminta Caprice untuk merealisasikan perlawanan tinju tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuhada
1 year ago

"Persahabatan Kita Dihalang Oleh Suamimu" - Kenalan Lama Dedah Shuhada Tidak Dibenarkan Berkawan, Bersikap Toksik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...