Baru-baru ini, dunia hiburan sering dikejutkan dengan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh kalangan artis yang bukan sahaja melibatkan orang ketiga, malah melibatkan keganasan rumah tangga.
Susulan itu, penyanyi dan aktivis kemanusiaan iaitu Caprice tampil memberi cadangan untuk mengadakan satu pertandingan sukan tinju antara selebriti.
Menerusi hantaran di Instagram, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli hasil kutipan daripada pertandingan tersebut akan diserahkan kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membela nasib wanita.
Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 34 tahun itu turut mencadangkan beberapa nama selebriti lelaki yang bakal digandingkan sebagai rakan lawan dalam pertandingan tinju tersebut.
Farid Kamil vs Syamsul Yusof, Aedy Ashraf vs Hafidz Roshdi..
Dalam pada itu, Caprice menjelaskan idea pertandingan itu tercetus apabila ramai yang meminta dirinya untuk mengulas mengenai isu keganasan terhadap wanita yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan selebriti Malaysia.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan tersebut untuk diadakan bagi melihat sejauh mana kehebatan dan kekuatan seorang lelaki.
Malah, pelakon Farid Kamil turut meminta Caprice untuk merealisasikan perlawanan tinju tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.