Petronas atau shell?
Pernah dulu ada seorang kawan saya cerita pada saya, tentang pengalaman dia hadapi. Yang membuatkan saya pun terfikir panjang juga.
***
Dia cerita, pernah satu hari, ada seorang pak arab ni nak kehabisan minyak kereta. Dan minyaknya ngam-ngam habis di kawasan stesen minyak Shell. Pak Arab tu pun terus menolak kereta ke pam minyak.
*
Kawan saya yang baru je sampai di situ sebab nak isi minyak, terus bantu Pak Arab tu untuk menolak kereta beliau ke pam minyak.
Setelah selesai tolak sampak ke pam minyak, Pak Arab tu cakap terima kasih (in english) dan kawan saya terus menaiki kereta dah parking sebelah pam minyak untuk isi minyak. Takkan untuk minum air pula.
Then masa kawan saya beratur nak bayar, Pak Arab tu ada di depan dia. Dan yang mengejutkan kawan, Pak Arab tu hanya mengisi Rm10 sahaja. Kawan saya fikir,
“Aik, takkan orang arab ni takde duit..”
Lepas bayar tu, kawan saya tergerak hati nak tanya (dalam english),
“Kenapa tuan isi RM10 saja? Tuan tak cukup duit ke?”
Lalu pak Arab tu jawab,
“Tak lah. Aku isi RM10 supaya kereta aku boleh bergerak sampai ke stesen minyak Petronas depan tu. Di Petronas baru aku isi sampai penuh..”
Kawan saya hairan. Dia pun tanya,
“Kenapa tak isi penuh di sini?”
Lalu Pak Arab tu jawab (lebih kurang),
“Kenapa mesti aku isi minyak di tempat stesen minyak orang kafir sedangkan orang Islam (Malaysia) sendiri dah ada stesen minyak?
Baik aku bagi duit aku dan sokong pada produk orang Islam, daripada orang kafir. Kan dah ada alternatif.”
Pak Arab tu terus blah dengan muka slamba. Kawan saya terdiam seribu bahasa. Dia pun tak jadi isi minyak di Shell tu, dan terus naik kereta lalu meneruskan perjalanan ke hadapan *ebab tak jauh dari stesen minyak Shell tu, ada stesen minyak Petronas.
Fuh, Pak Arab pun support Petronas.
**********
Sejak dari kawan saya cerita macam tu pada saya, saya terus nekad untuk isi minyak di stesen Petronas sahaja.
Kalau takde pilihan, baru saya akan isi di mana2 stesen minyak yang ada dan berdekatan. Tetapi selagi ada petronas, saya akan isi di Petronas.
Saya isi minyak di Petronas bukan sebab sentimen minyak petronas bagus, minyak stesen lain tak bagus. Tak pun. In fact, ramai yang kutuk dan nak boikot Petronas pulak tu.
Tapi saya isi di Petronas sebab saya cintakan tanah air saya, saya nak sokong produk tempatan, dan saya nak sokong produk Muslim.
Petronas banyak kontroversi? Itu masalah pengurusan petronas. Kalau mereka khianat amanah, itu cerita bab lain. Tetapi ia tak menghalang saya untuk terus sokong produk bumiputera dan tempatan, especially Muslim. I’m doing my job as citizen, and they do the rest.
Dan ini adalah saya, anda pula macam mana?
P/s : Ini bukan cerita rekaan. Kalau kawan saya tipu, maka saya tipu la korang. Tapi kawan saya memang kata betul dia alami.
2. Saya tak suruh korang ikut apa pendirian saya. Cuma pendirian saya atas asas yang saya yakin.
3. Bab minyak pekat, cair bagai tu, tu kan cuma pewarna je. Warna asal semua tu adalah macam air kosong kita minum.
4. Sukati korang la nak isi minyak kat stesen mana. Duit korang sendiri pun. Jangan isi dengan air sudah la.
Sumber: Shukery Azizan