Isu Stereng Axia: “Tayak Botak, Membelok, Brek Dalam Hujan, Agak Kereta Berhenti Elok Ke?”

Trending

Isu Stereng Axia: “Tayak Botak, Membelok, Brek Dalam Hujan, Agak Kereta Berhenti Elok Ke?”

Semalam, kami telah menyiarkan mengenai aduan seorang penguna Perodua Axia yang mendakwa stereng keretanya tiba-tiba seolah-olah terkunci sewaktu membelok ketika memandu menyebabkan dia terlibat dalam kemalangan. Seorang staf Perodua bernama Mohd Shukri Ismail telah menjawab aduan tersebut yang menjadi viral di laman sosial dengan menyentuh mengenai kereta milik Hussein Mat Omar sebenarnya ialah jenis Perodua Axia jenis asas yang tidak memiliki ciri sistem brek anti-kunci (ABS). Ini menyebabkan brek tidak berfungsi dengan baik.
axiabelok
Seorang lagi staf Perodua setelah itu memberi jawapan mengenai keadaan kereta yang disimpulkan sebagai punca kemalangan yang terjadi kepada Hussein. Marcus Poon Wai Leong memberitahu yang hasil siasatan Perodua ialah berpadanan dengan laporan rasmi yang diberi kepada Hussein iaitu puncanya ialah tayar botak. Tulis Wai Leong di akaun Facebooknya:

Advertisement

1) Pelanggan pandu kereta dalam 70-80 km/j semasa hujan, membelok dan selepas itu terbabas. Dia kata stereng dia terkunci tetapi tengok tayar botak itu memang cari nahas.
2) Pelanggan kata beg udara tak keluar,dia terbabas dan terlanggar di bahagian tepi kereta, bukan depan kereta, jadi ia tidak menghidupkan sensor bag udara. Rujuk gambar dalam akaun Facebook yang dia kongsikan, bahagian depan tak remuk kuat. Kerana itu beg udara tidak keluar. ,
3) Pelanggan (Hussein) datang selenggara kereta di Pusat Perkhidmatan Prai, perbatuan (mileage) 80,000 km, dan tak pernah mengadu tentang stereng sebelum ini.
4) Sewaktu trak tunda tarik kereta itu, stereng dalam keadaan baik. Tidak terkunci seperti yang didakwa pelanggan, kalau betul dah terkunci waktu terbabas mengapa waktu ditarik trak tunda okay saja?
5) Pelanggan mendakwa brek tak berfungsi, tetapi dengan kondisi tayar seperi itu (botak), brek dalam keadaan hujan, agak-agak kereta berhenti elok ke macam mana?

Untuk mengukuhkan laporannya, Wai leong menyertakan gambar kedua-dua belah tayar dan gambar kereta Hussein.

231

Keadaan kereta Hussein yang tiada ABS juga mungkin telah memburukkan lagi keadaan apabila dia cuba membrek. Sebelum ini dalam tulisannya, Hussein menuntut agar Perodua memperbaiki keretanya secara percuma atau menggantikan keretanya dengan sebuah kereta lain.

Sumber: Marcus Poon Wai Leong – disunting untuk diterbitkan di amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.