Isu Speaking London Faizal Tahir Dan Adab Berkomen Di BeautifulNara

Hiburan

Isu Speaking London Faizal Tahir Dan Adab Berkomen Di BeautifulNara

isu faizal tahir

Wow. Sungguh kami tak sangka isu Faizal Tahir speaking London di konsert Satu Suara baru-baru nie menjadi hangat macam pisang goreng panas. Ramai fans-fans FT marah nampaknya dengan kenyataan kami. Salah kami jugak sebab tak pergi konsert tue tapi buat kenyataan yang agak provokasi. Sepatut kami pergi dulu dan dengar FT speaking baru lah boleh komen pasal penggunaan English dia ok ke tak. Tak gitu? So sorry to readers BN yang terasa dengan kenyataan kami especially kepada Faizal Tahir sendiri.

Advertisement

Anyway (speaking sikit) setiap manusia dan pembaca BeautifulNara ada pendapat masing-masing. Sebab itu kami tak pernah nak delete mana-mana komen anda semua. Cuma kalau komen anda itu ada link-link promosi barangan anda, itu memang kami akan delete. Cuma di kesempatan ini kami nak highlightkan beberapa perkara yang harus diberi perhatian semasa anda memberi komen.

  1. Sila jangan balas komen orang lain dan menyatakan dia tue bodoh ke bengap ke apa. Memang tak sedap dibaca. Semua orang ada pendapat masing-masing. Kalau anda tidak setuju dengan komen dia, bagi hujah anda sendiri. Jangan menjatuhkan maruah anda dengan memberi perkataan-perkataan yang menggambarkan perangai anda memang macam setan.
  2. Jangan komen berbaur unsur lucah. Kami tahu di BeautifulNara nie banyak gambar-gambar artis yang agak terlampau. Tapi kalau boleh jangan tunjukkan yang anda tue seorang yang sangap sangat. Kalau betul-betul tak tahan, simpan ajer dalam hati. Jangan luahkan dalam ruangan komen. Setakat nak cakap seksi kami boleh terima, tapi kalau dah keluar perkataan “jilat”, “hisap” dan yang sama waktu dengannya, itu memang dah melampau.
  3. Jangan komen semata-mata untuk beri promosi link barangan anda. Kami tahu barangan anda, blog anda memang best. Tapi janganlah desperado sangat nak promote kat sini. Memang kami akan terus delete dan block IP anda. Kompem lepas tue komen anda tak akan keluar lagi dah.
  4. Komen secara berhemah. Kami tahu anda semua emosi lagi-lagi bila ada cerita tak elok pasal artis kegemaran anda keluar. Sesuai dengan motto kami iaitu Bergosip Secara Berhemah, kami percaya anda semua sudah matang-matang belaka dan mampu mengomen dengan rasional.
  5. Kalau ada yang tak puas hati dengan apa-apa artikel dan ada pandangan peribadi anda, boleh terus email kami di borakartis [at] gmail.com. Segala email Insya Allah akan dibalas.

Teruskan bergosip secara berhemah di BeautifulNara. Dan terima kasih banyak-banyak kepada pengkomen-pengkomen setia, pengkomen-komen baru dan juga rakan-rakan blogger yang sudi meninggalkan sepatah dua kata-kata di ruangan komen. Kami sentiasa membuat pemantauan terhadap komen-komen melampau di sini. Jadi kalau tetiba komen anda tue didelete, paham-pahamlah sendiri ya.

Enjoy your stay here at BeautifulNara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...