Selebriti Dira Abu Zahar membuatkan netizen mula “menyampah” kerana memuat naik status Twitter yang menyindir ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq sebagai budak-budak hanya kerana beliau bergurau meminta pihak SPRM menyiasat penjaga gol Liverpool selepas pasukan itu tewas dalam perlawanan final Champions League menentang Real Madrid semalam.
Meskipun menerima pelbagai komen daripada netizen, Dira nampaknya tetap relaks dan menyatakan apa yang beliau lakukan itu tidak melampaui batas. Beliau tidak pun bercakap sesuatu yang buruk tentang pemuda pujaan ramai itu.
“Tweet” Dira turut mendapat perhatian rakan artis, Sharifah Amani yang tidak faham mengapa Dira sengaja ingin cari pasal dan menimbulkan kekecohan.
Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran Sharifah Amni yang dilakukan secara berhemah dan tetap menghormati Dira sebagai rakannya.
Harapnya selepas ini Dira tidak perlu lah terlalu mencari perhatian di media sosial dengan cara begini, fokus perjuangkan sahaja hak wanita dan tunjukkan anda mampu melakukan sesuatu yang berfaedah buat masyarakat.