Jenama selipar getah terkenal, Fipper tampil memberi sedikit penjelasan mengenai kekecohan yang tercetus dalam kalangan netizen ketika bekerjasama dengan aplikasi The Noor daripada selebriti terkenal, Neelofa.
View this post on Instagram
Ini berikutan penggunaan ayat ‘muslim-friendly’ ataupun mesra muslim yang dianggap netizen sebagai cubaan untuk melariskan produk. Malah, ada sesetengah warga maya yang menganggap Neelofa seolah-olah telah ‘menunggang’ agama apabila menggunakan terma yang tidak bersesuaian hanya untuk berniaga.
Terbaru, Fipper menerusi akaun media sosial Facebook dan Instagram telah memuat naik penjelasan dan memohon permohonan maaf secara terbuka kepada mereka yang terkesan dengan perkara tersebut.
View this post on Instagram
“Pihak Fipper ingin memberikan penjelasan berkenaan isu ‘muslim friendly’ yang tular di media sosial ketika ini. Produk Slip On, Fipper x The Noor sesuai untuk kegunaan muslimah yang memakai stoking. Produk kami sebelum ini kurang bersesuaian dengan imej muslimah yang berstoking seperti yang dinyatakan di dalam press release sebelum ini. Pihak Fipper ingin memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.”
Terdahulu, selipar getah terbaru keluaran Fipper yang berkolaborasi bersama aplikasi The Noor dikatakan telah menggunakan elemen agama untuk tujuan melariskan produk.
Sehubungan dengan itu, personaliti terkenal Neelofa turut menerima tempias kecaman daripada netizen di mana dia telah digelar sebagai penunggang agama.