Baru-baru ini, isu mengenai seorang pakar motivasi yang menggelar kumpulan rock lagenda Saerch sebagai “hantu†telah menjadi viral. Ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan beliau menyatakan perkara tersebut kepada umum dan mempersoalkan mengapa orang berpendidikan tinggi sepertinya harus mengaibkan orang lain. Malah, vokalis kumpulan Search, Amy juga telah merasa terkilan mengenai isu ini dan telah meluahkan isi hatinya di akaun Instagram miliknya.
Walaubagaimanapun, Amy yang tidak menyimpang sebarang rasa dendam terhadap individu itu meminta agar perkara itu tidak lagi dipanjangkan.
Saya tidak menyimpan sekelumit dendam pun terhadap penceramah motivasi itu kerana pada saya, salah yang lagi besar adalah penghinaannya pada belia.
Namun saya rasa sudah cukup lama hal ini diperbesarkan dan saya mohon kepada semua peminat agar biarkan perkara ini berlalu. Semua orang telah meluahkan pendapat dan perasaan masing-masing, jadi kita perlu terus bergerak ke hadapan.
Pakar motivasi tersebut yang juga merupakan Ketua Pemuda Muslimin Malaysia (ISMA) itu ada meluahkan hasrat untuk memohon maaf secara peribadi kepada Amy. Namun, sehingga sekarang Amy belum menerima panggilan susulan daripada beliau.
Mungkin Amy Search tidak mahu lagi memanjangkan perkara berkenaan, tetapi kami berharap agar individu tersebut tampil kehadapan dan memohon maaf kepada kumpulan Search atas penghinaan yang cukup panas terhadap mereka.
Jangan masyarakat hilang kepercayaan dan memandang rendah kepada seorang pakar motivasi yang sering memberi nasihat kepada orang ramai untuk kekal positif dalam sesuatu perkara tetapi mereka tidak mengamalkan perkara tersebut.