Tidak berniat untuk menyindir ataupun mengungkit kisah lama apabila memuat naik kisah kecurangan di laman media sosial, Abby Abadi berkata ia sama sekali tidak ditujukan untuk mana-mana pihak.
Tetapi pelakon Gerak Khas itu meluahkan rasa berang kerana ada pihak yang sengaja membuka aib bekas suaminya, Norman Hakim soal kecurangan seperti tidak mampu move on.
View this post on Instagram
Menurut Abby, tidak perlu untuk mengaitkan namanya setiap kali ada isu kecurangan di kalangan selebriti dan meminta netizen untuk tidak memandai buat andaian sendiri.
Mengulas apakah reaksi Norman sewaktu kemelut yang pernah berlaku dalam rumah tangga mereka dulu secara tiba-tiba, Abby memilih untuk tidak membincangkannya.
Sejujurnya, apa yang berlaku antara saya dan Norman dahulu tidak pernah selesai sebenarnya.
Dalam pada masa yang sama, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan mengaku lebih banyak mengalah dalam hal ini dan hanya mereka saja hal sebenar.
Sekadar info, kisah kecurangan yang dilakukan oleh pelakon Norman Hakim pernah jadi satu berita ‘panas’ sekitar tahun 2009.