Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Sambut Hari Natal, PU Syed Gesa Awal Ashaari Dan Syed Saddiq Padam Gambar Pakai Topi Santa

PU Syed

Terpalit dengan isu sambutan Hari Natal, personaliti TV Awal Ashaari dilihat telah menerima pelbagai respon dan pendapat daripada kalangan netizen mengenai hukum menyambut perayaan tersebut.

Lebih kepada dikecam, Awal telah tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut menerusi ruangan Instagram Storinya namun dipadam tidak lama kemudian.

Advertisement

Awal Ashaari dan keluarga sambut krismas

Penjelasan Awal Ashaari mengenai sambutan Krismas

Dalam pada itu, pendakwah bebas PU Syed turut dilihat memberikan sedikit pandangan dan juga telah meminta pelakon dan pengacara itu supaya memadam foto-foto sambutan Hari Krismas itu di media sosialnya. Turut sama ditegur adalah ahli politik terkenal iaitu Syed Saddiq yang sebelum ini telah memuat naik foto memakai topi Santa Claus di media sosialnya.

Syed Saddiq

Advertisement

PU Syed difahamkan telah memberi teguran tersebut menerusi akaun Instagramnnya dan dia juga menjelaskan bahawa pemakaian topi Santa Claus atau perhiasan berkaitan Hari Natal adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam agama Islam.

“Hukum memakai pakaian Santa adalah haram. Inilah yang para ulama telah hukumkan. Maka jangan datangkan fitnah kepada diri, keluarga dan agama dengan membuat sesuatu yang bidaan dholalah itu. Semoga dapat dipadam gambar-gambar kalian dengan memakai topi santa itu”

PU Syed dikatakan telah tampil bersuara apabila dirinya diasak netizen untuk tampil memberikan komen berkenaan sesetengah golongan selebriti yang memakai perhiasan Hari Natal itu, baru-baru ini.

Dia dilihat turut memetik beberapa nama dalam entrinya termasuklah Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya serta bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

SUMBER : Instagram PU Syed, Instagram Awal Ashaari
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 Comments

  1. Sha

    December 29, 2020 at 9:48 am

    Adat Melayu banyak jugak yang hukumnya haram contoh macam bersanding masa kahwin. Tapi Muslim semua still buat. Semua orang double standard.

  2. We are one

    December 29, 2020 at 7:56 am

    In fact, to disrespect another religion is explicitly condemned in the Quran; “Do not abuse those whom they worship besides Allah” (6:109). If a person claims to be Muslim, he is not allowed to insult or disrespect another religion. This is forbidden according to the Quran.

  3. Juju

    December 28, 2020 at 5:05 pm

    cth keluarga islam liberal
    ..mengagungkan / ikut.. style / fahaman barat

    • Anonymous

      December 28, 2020 at 6:29 pm

      Gambar abang sajat x pun korang suruh padam…movie/filem/lagu barat x pun korang boikot..
      Tepuk dada tanya selera

  4. Juju

    December 28, 2020 at 5:00 pm

    cth keluarga islam liberal..

  5. No drama

    December 28, 2020 at 4:59 pm

    Then pakai baju masa kahwin bollywood tu adat apa? Tu bukan adat melayu ok. How dumb.

    • bunge

      December 29, 2020 at 12:05 am

      Adat dan agama benda yg berbeza..tolong fahamkan tu..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top