Beberapa hari lepas, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa penyanyi Fynn Jamal cuba untuk mengelirukan orang lain dengan isu menyamakan solat lelaki dan wanita. Ia bukan sahaja mendapat perhatian pengguna media sosial tetapi ustaz,ahli agama serta mufti . Malah, seorang ahli ulama juga sebelum ini ada bertindak untuk menegur Fynn.
Berkemungkinan diasak dengan pelbagai persoalan dan kritikan ramai, Fynn menerusi akaun Facebooknya telah tampil dengan penjelasan panjang lebar untuk mempertahakan dirinya.
Dalam penjelasan Fynn, beliau memberitahu tiada niat sama sekali untuk cuba mencetuskan kontroversi mahupun mengeluarkan fatwanya sendiri seperti yang didakwa.
Berikut penjelasan Fynn :-
Kami enggan memberikan komen lebih mengenai isu ini kerana ia terpulang kepada pandangan masing-masing. Namun, mungkin selepas ini Fynn kena lebih berhati-hati dalam perkongsiannya apatah lagi jika ia melibatkan isu agama yang agak sensitif.