Isu Salah Guna Nama & Wajah, Azlan Komen & Nur Nilam Failkan Saman Terhadap Bekas Rakan Perniagaan

Hiburan

Isu Salah Guna Nama & Wajah, Azlan Komen & Nur Nilam Failkan Saman Terhadap Bekas Rakan Perniagaan

Pelakon Azlan Komeng dan isterinya iaitu Nur Nilam Ortiz menerusi peguam daripada Tetuan Kyara & Co akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas rakan perniagaan pasangan itu susulan isu penggunaan nama syarikat yang diambil dan ditukar tanpa kebenaran bagi tujuan mempromosi produk.

Menurut sumber, peguam yang mewakili pasangan itu iaitu Farhayu Aziana Mazlan berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti beberapa individu yang terbabit dalam isu berkenaan sebelum menghantar surat tuntutan (LOD).

Advertisement
nilam ortiz dan azlan komengSumber : Xtra 

Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili mereka iaitu Isznie Anis Ismail memaklumkan antara tuntutan yang dibuat adalah untuk mengelurkan sebarang hantaran membabitkan anak guamnya.

Selain itu, LOD turut menuntut pihak berkenaan berhenti menunggang atau menggunakan nama Nilam selepas berakhir usahasama bersama syarikat lama.

Guna nama Nilam untuk promosi produk

Dalam pada itu, Nur Nilam turut mendakwa bekas rakan perniagaannya itu masih menggunakan namanya bagi tujuan mempromosikan produk walaupun sudah tidak mempunyai sebarang kaitan.

nilam ortiz dan azlan komeng

Saya izinkan mereka guna nama syarikat lepas bergabung dengan pihak berkenaan. Selepas saya tarik diri, saya bawa bersama jenama itu dan mereka tidak boleh menggunakannya lagi.

 

Tapi, selepas itu pihak berkenaan mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama Nilam HQ Resources pula.

 

Pada asalnya syarikat tu saya tubuhkan kira-kira lima atau enam tahun lalu, ambil keputusan untuk berundur pada bulan puasa lalu. Sekarang perniagaan saya diteruskan pula di bawah syarikat Nilam Empire.

Jejaskan reputasi

Dia turut mendakwa selain kerugian wang ringgit, pihaknya juga berhadapan dengan tanggapan buruk daripada pengguna produknya, selain sukar untuk bangkit bersama syarikat baru.

nilam ortiz dan azlan komeng

Banyak kesan kepada kami terutama kepercayaan orang kepada saya. Isu ini juga beri kesan kepada mental. Jadi, saya cari jalan penyelesaian. Selepas berbincang dengan peguam, saya fikir perlu dedahkan apa yang berlaku.

Azlan turut mendakwa selain menjejaskan reputasi, bekas rakan perniagaan mereka itu bertindak melampaui batas dengan menggangu ahli keluarganya.

Tindakan ini bukan saja tidak beretika, malah mencerminkan satu cubaan tekanan dan intimidasi terhadap keluarga kami. Lebih mengejutkan, individu terbabit turut menyebarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat.

 

Tindakan ini jelas berniat untuk merosakkan reputasi dan menjejaskan nama baik kami secara terbuka.

Terdahulu, sidang media yang dibuat oleh Azlan dan Nur Nilam bersama peguam bertujuan menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan pengguna berhubung perbezaan antara produk lama di bawah syarikat Nilam HQ dengan produk baru yang ketika ini diusahakan oleh Empire Nilam.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Isteri Azlan Komeng Luah Rasa Kurang Selesa Perut Dipegang Ketika Hamil - "Orang Yang Saya Kenal Pun Tak Buat Macam Tu.."
2025-06-26 15:07:02

Isteri Azlan Komeng Luah Rasa Kurang Selesa Perut Dipegang Ketika Hamil - "Orang Yang Saya Kenal Pun Tak Buat Macam Tu.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...