Isu Restoran Gosami: Best Ke Burukkan Komuniti Islam Di Korea?-Bekas Pelajar

Trending

Isu Restoran Gosami: Best Ke Burukkan Komuniti Islam Di Korea?-Bekas Pelajar

Isu kedai ini bukanlah baru. Sejak Air Asia buka penerbangan ke Korea sejak enam tahun lepas, rasanya ada lah sebulan sekali naik kes pasal kedai makan ini.

P5300802Kes kedai makanan laut yang orang Malaysia selalu pergi ini, ada juga hidangkan daging khinzir untuk orang Korea. Katanya kita taknak lah bercampur guna pinggan yang pernah guna untuk makan daging khinzir kan.

Advertisement
bergambar makan di kedai konvroversi. sori ah muka Korean sangat

1) Belajarlah fiqah luar negara. Kita tidak terikat satu school of thought/pendapat sahaja. Terkena lelaki perempuan batal wuduk. Masa tawaf berasak-asak memang terkena punya. Takkan setiap kali terkena, kena ambil balik wuduk dan restart balik tawaf? Jadi masa ini jemaah diajar mengenai pendapat dari school of thought lain yang kata tak apa.

2) Sama macam solat jumaat perlu 40 orang jemaah lelaki bermukim. Di kawasan kami berapa kerat je pelajar leaki Muslim. Jadi ambil pendapat school of thought yang kata kurang jemaah pun dibolehkan solat Jumaat. Jadi jemaah berapa orang pun kami buat solat Jumaat di surau universiti.

3) Pengharaman babi pada makan dagingnya. Tapi bab penyuciannya ada banyak pendapat. Ada yang kata basuhan air je mencukupi sebab tak logik untuk kita pergi sertu satu restoran dulu setiap kali sebelum makan. Ingat lagi kes ada pengunjung pasaraya bawa anjing dalam troli dan orang ramai bertindak sertu 500 biji troli di pasaraya tersebut. Ramai ulama bagi pendapat kita tak perlu mencari najis yang tak nampak. Macam nak solat atas rumput di taman. Memang ada segelintir kecil orang Korea bawa anjing ke taman. Tapi kalau tiada najis atas rumput, kami solat sajalah.

4) Perbezaan pendapat/school of thought ini adalah satu pilihan untuk kita semasa kita merantau di luar negara. Ia sepatutnya dirai bukan dikeji. Kalau tak selesa makan di kedai Gosame, tak apa, tak perlu kesana. Tiada paksaan pun.

nak baca lagi pasal fiqh luar negara? baca buku ini. berguna untuk semua perantau.

5) Satu saya pelik, hang pergi order daging khinzir tu buat apa? Jangan la order. Bila letak selonggok depan kita memang la tak boleh makan. Lain kali order seafood je; ikan mackerel bakar sekali dengan sup tauhu dan sambal sotong. Sedap wei. Again, najis tu jangan dicari.

Seafood di jeju. Sedap wei!

6) By the way makan di kedai tadi tu tak murah tau. Kami pelajar pun jarang-jarang makan disana. Solusi yang kami selalu rekemen kepada pelancong senang je. Bawak lauk dalam tin bawa dari Malaysia. Di Korea, beli nasi segera ini dan panaskan dalam microwave. Untuk tambah sayur, makan sekali dengan Korea seaweed. Sedap, murah dan jimat untuk backpackers yang nak jimat duit!

Nasi segera Korea panaskan guna microwave dan lauk dalam tin!

Jangan risau ya rakyat Malaysia sekalian, kerajaan Malaysia sangat baik hati. Selain memberi penajaan/pinjaman untuk kami melanjutkan pelajaran ke luar negara, sebelum terbang untuk menetap di negara bukan Islam selama bertahun-tahun, kami juga diberi ajaran mengenai fiqah luar negara.

Ambil gambar kami pelajar makan di kedai itu, kata pelajar tak jaga makan masa berbuka puasa, semua ini tidak sepatutnya berlaku. Terima kasih kerajaan dan semua rakyat Malaysia yang membayar cukai.

Masa melancong tu, keep an open mind. Kadang-kadang kita ni tak open mind sangat tak apa. Ambil yang jernih buang yang keruh. Cuba kurangkan post sana sini pasal benda-benda yang buruk. Sikit-sikit nak viral.
B6pt5XuIMAMZT1P
Kalau kami nak cerita benda yang buruk-buruk pasal Korea lagi banyak boleh diceritakan tapi ada banyak kebaikan lain yang perlu kita semua contohi. Jadi kami just keep positive lah!

Kalau datang Korea tu, cuba-cubalah juga makan makanan tempatan, cari seafood yang boleh dimakan. Tapi kalau dapat benda pelik-pelik, relax lah. Anggap je itu semua experience yang unik. Tak payah viral pun tak apa. Biasa lah melancong. Hahaha

Sumber: Adzrin Mansor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...