Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Rentas Negeri Dapat Balik Raya, Masya Masyitah Disiasat Polis

Masya Masyitah

Gara-gara merentas negeri ke kampung halaman Kulim, Kedah bagi meraikan Aidilfitri menggunakan surat rentas negeri ibu, Masya Masyitah kini disiasat oleh polis.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, beliau arahkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalankan siasatan atas isu ini.

Masya Masyitah

Masya Masyitah bersama ibunya.

Tambahnya lagi, tindakan tegas akan dikenakan kepada Masya jika betul terdapat unsur-unsur melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Setakat ini saya boleh katakan, siasatan masih dijalankan dan kita akan tengok adakah benar apa yang ditularkan di Facebook.

Sekiranya ada unsur yang menyalahi undang-undang, tindakan tegas akan diambil terhadap artis terbabit.

Kata Superintendan Azhar Hashim ketika ditemubual oleh mStar Online selepas melakukan pemeriksaan kenderaan di sekatan jalan raya di Plaza Tol Lunas pada hari Sabtu.

Perkara ini menjadi hangat selepas penyanyi popular dengan lagu Hapus itu memberitahu dirinya mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa untuk merentas negeri atas sebab ibu bapa sebagai pasagan jarak jauh.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. netizengeram

    May 17, 2021 at 3:38 pm

    hello… polis jangan nak berat sebelah…jgn cakap dia artis, still under jagaan org tua dia blh lepas balik kg… kami ni netizen ada je mak ayah yg dah uzur kat kg tu tapi TAK DIBENARKAN BALIK MERENTAS DAERAH DAN NEGERI PONNNN!!!!!

  2. Dok nganga kt umah

    May 17, 2021 at 2:56 am

    Dik nonnn…dh dapat balik tu diam je diknon. Awiat satu alam hiang nk habaq? Hg tau dak netizen skrg ni lagu mna? Hiang laaa. Ops lupa. Budak kanyaq lagi.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top