Isu Rampas Mic : Mark Adam Pertahan Tindakan Haqiem Rusli

Hiburan

Isu Rampas Mic : Mark Adam Pertahan Tindakan Haqiem Rusli

Minggu ini memang hangat sungguh dengan insiden penyanyi Haqiem Rusli merampas mikrofon seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia. Ada yang sudah menyampah dengan sikap Haqiem yang didakwa berlagak dan tidak menghormati orang lain.

Advertisement

Disebalik kecaman yang terus dilemparkan kepada Haqiem oleh netizen, Mark Adam yang juga salah seorang panel dalam program tersebut telah tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menurut Mark, beliau yang meminta Haqiem untuk naik ke atas pentas dan mengambil mikrofon untuk menolong peserta itu menyanyikan lagu Tergantung Sepi dengan nada yang betul. Buat Mark, tindakan Haqiem itu tidaklah melampau.

Saya yang menyuruh dia naik ke pentas dan tolong peserta itu menyanyi lagunya dengan betul. Itu bukanlah merampas mikrofon sebaliknya mengambil. Dua tindakan itu berbeza dan ia bukan sesuatu yang kasar seperti yang dikecam netizen. Kami semua, artis dan peserta berseronok ketika sesi rakaman itu berlangsung. Jadi, tak ada isu pun sebenarnya antara Haqiem dengan peserta itu.

Netizen tak pernah jadi artis. Mereka tak faham konsep program itu. Saya diminta pihak produksi untuk membawa karakter gila-gila. Saya tak marah. Sekali saya pernah buat salah, setiap benda yang saya buat orang akan anggap salah.

Mark pada masa yang sama memberitahu beliau juga sudah mengirim mesej meminta maaf kepada peserta itu atas apa yang berlaku.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : ntv7malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

42 Comments

  1. Artis 80an

    August 9, 2018 at 7:12 pm

    Ni sape yg suruh mark Adam buat statement camni..nk back up hakiem mcm x kena tmpt lh..org m’sia kaya adab tau mark kau kena fhm nih.

  2. mak c kina

    August 9, 2018 at 6:32 pm

    mark..aku rasa ko yg xfaham konsep progrem..mmg ko kena cari org yg xtau nyanyi..so lantak dia la nyanyi mcmne pun..suara tinggi rendah ke ke hape ke..dah mmg konsep carik yg off tune/tone deaf..bkn nk carik penyanyi..kalau dah juri pun xbetul..mcm ne nk buat progrem tu betul

  3. Rose

    August 9, 2018 at 5:58 pm

    Kalau kat korea dorg bagi mic lain dekat artis kalau artis nak sing along tolong betulkan tempo ke apa. Produksi tak boleh bagi mic lain ke? Dorg pun patutnya ada mic sendiri kan utk artis? Aku pun marah org rampas mic aku. Pedulik apa lari tempo ke apa

    • Wekkkkkkk

      August 9, 2018 at 6:16 pm

      Dah cakap awal2kan..” org malaysia ni rata2 tak suka perkataan ” perampas” …atau merampas apa2 je yg berkaitan dgn pas…pas..pass..tu..masih tak fhm2 lagi.
      Sbb tu byk netizen mrah.
      Mcm kisah ude./ izreenjering tu.
      Tengok lh punyalh mrh netizen.

      Jadi lain kli fikir sebelum merampassss…
      Jdi sematkan dlm kepala hotak.

  4. Sedar dulu siapa kita ye

    August 9, 2018 at 5:16 pm

    Mmglah kamu org kenali di malaysia ni…boleh bersuara..tapi satu je nak tanya.
    “Adakah kamu masih memegang paspot…atau kamu cuma ada PR saja.
    Klau belum dpt ic biru..jgn byk backup artis yg poyo tu.
    Sedar diri kira dulu.
    Sebb itu aku bertanya..adakah kamu sudah ada mykard. Klau sudah ada baguslah kamu menentang netizen yg marah retis poyo tu.

  5. alfie

    August 9, 2018 at 4:38 pm

    Dengan menggangu perserta tu Haqiem mungkin merosak masa depan peserta tu!!! Contoh macam William Hung dari America Idol yang TAK boleh menyanyi tapi telah keluar sebuah album dan jadi terkenal!!!!! hahahaha

Loading...