Isu Rampas Mic : Mark Adam Pertahan Tindakan Haqiem Rusli

Hiburan

Isu Rampas Mic : Mark Adam Pertahan Tindakan Haqiem Rusli

Minggu ini memang hangat sungguh dengan insiden penyanyi Haqiem Rusli merampas mikrofon seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia. Ada yang sudah menyampah dengan sikap Haqiem yang didakwa berlagak dan tidak menghormati orang lain.

Advertisement

Disebalik kecaman yang terus dilemparkan kepada Haqiem oleh netizen, Mark Adam yang juga salah seorang panel dalam program tersebut telah tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menurut Mark, beliau yang meminta Haqiem untuk naik ke atas pentas dan mengambil mikrofon untuk menolong peserta itu menyanyikan lagu Tergantung Sepi dengan nada yang betul. Buat Mark, tindakan Haqiem itu tidaklah melampau.

Saya yang menyuruh dia naik ke pentas dan tolong peserta itu menyanyi lagunya dengan betul. Itu bukanlah merampas mikrofon sebaliknya mengambil. Dua tindakan itu berbeza dan ia bukan sesuatu yang kasar seperti yang dikecam netizen. Kami semua, artis dan peserta berseronok ketika sesi rakaman itu berlangsung. Jadi, tak ada isu pun sebenarnya antara Haqiem dengan peserta itu.

Netizen tak pernah jadi artis. Mereka tak faham konsep program itu. Saya diminta pihak produksi untuk membawa karakter gila-gila. Saya tak marah. Sekali saya pernah buat salah, setiap benda yang saya buat orang akan anggap salah.

Mark pada masa yang sama memberitahu beliau juga sudah mengirim mesej meminta maaf kepada peserta itu atas apa yang berlaku.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : ntv7malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

42 Comments

  1. lin

    August 9, 2018 at 4:34 pm

    haqiem ni mcm sakai la..mcm2 hal. mmg rude la sikap ni

  2. akupeminatkpop

    August 9, 2018 at 4:31 pm

    tu lar..orang korea buat rancangan macam ni..korang pon nak tiru jgk..tak tahu je malaysian ni penuh dgn pengkritik..semua bnd tak betul..sentap je byk..

  3. Anti

    August 9, 2018 at 4:08 pm

    Nmpak sgt mark adam ni pun x prnh tgk versi korea..
    Netizen mmg x prnh jd artis tp rasenya netizen
    lg tahu konsep rancngan tu dr ngko tu

  4. Apajela

    August 9, 2018 at 4:03 pm

    Komen mark WoW!!!. Netizen tk perna jadi artis tk faham konsep rancangan ni. Netizen tk bodo la !!! b4 msia ada kita da tngk season 1-5 KOREA. Mybe mark n kuncu2 nya yg tk faham atau gairah sngt dapat sertai dlm program gini. Nk backup that rude boy tu agak2 la sikit jgn smpai komen tk masok akal walaupn diberi karekter gila2.

    • Anonymous

      August 9, 2018 at 7:31 pm

      Kan..anon bodo mana ntah komen back up si mark ngn akem..kalau nk ikut kepala retis malaysia..xyah la buat program dari korea..mcm hampeh

  5. aih

    August 9, 2018 at 3:31 pm

    serious aku tak paham ngan mark adam ni kenapa malaysia naikkan nama dia sampai tahap macam ni…. korang pikir la sikit.. bangga sgt amik rakyat negara lain… negara dorang ada buat cam ni tak kat artis kita….
    so to mark.. just shut up.. u consider lucky we malaysian, naikkan nama u…

    • Anonymous

      August 9, 2018 at 5:46 pm

      Entah2 masih cop paspot every 5 years for visa di malaysia.
      Byk bunyikkkk pulakkk ko.